Ahad, 20 Julai 2025

Rezeki Dapat Ikan Haruan

Assalamualaikum dan selamat petang. Rezeki hari ini dapat ikan haruan yang siap disiang,  hanya basuh dan masak sahaja lagi.  Abang sebelah rumah bagi. Abang sudah tahu adik-adiknya tak akan bersiang ikan hidup. 


Sebelum abang kahwin pun memang abang yang siangkan ikan untuk kami. Ikan air tawar sahajalah. Kalau ikan beli di pasar kena siang sendirilah. Abang memancing dan juga pasang bubu untuk dapatkan ikan. Alhamdulillah rezeki...

Sabtu, 19 Julai 2025

Kombinasi Tiga Menu

Assalamualaikum dan selamat malam. Cerita 16 Jun 2025. Balik dari kerja terus masak nasi dan goreng mee.
 
Lauk lepas Maghrib baru adik masak. Mee goreng express, guna apa yang ada dalam peti. Sayur hijau selalu tak tahan lama.

Oleh sebab tak nak makan selepas Maghrib, terus makan mee goreng dengan nasi dan durian :)

Kalau nampak durian dalam peti mesti nak makan. Selagi tak habis, asyik buka peti sahaja. Kombinasi ketiga menu ini alhamdulillah kenyang. Bila tengok gambar ini terasa lapar pula :)

Cabai Segar dari Ladang

Assalamualaikum semua. Kak La bagi cabai yang ditanamnya. Banyak sangat. Kami kongsi tiga orang. Terima kasih Kak La.


Memang menjadi tanamannya sampai dapat banyak begitu. Segar dari ladang.


Ambil sedikit sahaja sebab tak tahu nak masak apa. Idea belum datang.


Mesti seronok tengok pokoknya bila meriah berbuah. Boleh buat sebagai terapi untuk hilangkan stress.