Ahad, 20 Julai 2025

Rezeki Dapat Ikan Haruan

Assalamualaikum dan selamat petang. Rezeki hari ini dapat ikan haruan yang siap disiang,  hanya basuh dan masak sahaja lagi.  Abang sebelah rumah bagi. Abang sudah tahu adik-adiknya tak akan bersiang ikan hidup. 


Sebelum abang kahwin pun memang abang yang siangkan ikan untuk kami. Ikan air tawar sahajalah. Kalau ikan beli di pasar kena siang sendirilah. Abang memancing dan juga pasang bubu untuk dapatkan ikan. Alhamdulillah rezeki...

9 ulasan:

  1. Mudah kerja tu dapat yang dah disiang tinggal nak masak terus je.

    BalasPadam
  2. wak x makan ikan haruan nih., huhu

    BalasPadam
  3. makan ikan haruan time berpantang ...lepastu tak jumpa dah ikan haruan...susah dapat sini

    BalasPadam
  4. Sy suka ikan haruan masak lemak cili padi pedas, goreng garing & masak sambal...Dulu selalu la siang ikan sbb duk kg..Skrg agak terkial2 sebab dh lama x praktis =D

    BalasPadam
  5. Teringat waktu PKP dulu, jiran sebelah rumah kami rajin memberi kami ikan haruan yang dah siap siang, tinggal nak masak je. Biasanya, kami masak dan separuh kami bagi pada dia semula.

    BalasPadam
  6. Wah rezeki tu dapat ikan dah bersiang.

    BalasPadam