Ahad, 20 Julai 2025

Rezeki Dapat Ikan Haruan

Assalamualaikum dan selamat petang. Rezeki hari ini dapat ikan haruan yang siap disiang,  hanya basuh dan masak sahaja lagi.  Abang sebelah rumah bagi. Abang sudah tahu adik-adiknya tak akan bersiang ikan hidup. 


Sebelum abang kahwin pun memang abang yang siangkan ikan untuk kami. Ikan air tawar sahajalah. Kalau ikan beli di pasar kena siang sendirilah. Abang memancing dan juga pasang bubu untuk dapatkan ikan. Alhamdulillah rezeki...

2 ulasan:

  1. Mudah kerja tu dapat yang dah disiang tinggal nak masak terus je.

    BalasPadam