Khamis, 24 Oktober 2024

Kek Coklat Indulgence yang Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Sabtu 19 Oktober 2024, adik singgah kedai kek pula. Kalau singgah mesti kena beli, tak beli menyesal pula nanti. Mana boleh tengok sahaja kek yang sedap-sedap.

Maka belilah satu kek coklat indulgence RM12. Berbaloi sangat sebab boleh makan banyak hari.

Sampai hari ini masih ada lagi dalam peti sejuk. Mungkin rasanya yang manis dan berlemak, kena makan sikit-sikit sahaja. Apa-apa pun puas makan :)

Jumaat, 18 Oktober 2024

Pejabat Tiada Elektrik

Assalamualaikum dan selamat petang. Mengantuk pula sekarang ini. Pagi tadi elektrik di pejabat sekejap ada sekejap tiada. Mesti ada rosak mana-mana bahagian. Production pula cuti hanya office sahaja yang bekerja.

Pergi ke toilet, dua kali tiada elektrik. Nasib baik bawa handphone. Jika tidak nak keluar bilik air pun tak nampak pintu. Memang main-main elektrik ini dan menguji kesabaran. Sakit dada bila lampu padam, tak sampai 5 minit menyala kembali.

Pukul 2 petang, elektrik tiada selama satu jam. Kena tunggu juga sebab masih awal. Sekarang elektrik sudah ada dan sudah dibaiki. Mengantuk pula yang menganggu. Rehat sekejap dengan menulis blog. Diari untuk hari ini. 

Khamis, 17 Oktober 2024

Abang Nak Bertunang?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Abang nak bertunang? Betul ke? Tuan badan tak cakap apa tapi dengar dari mulut abah. Abah kata kena bersedia mungkin tahun depan rumah kita kenduri lagi. Jawapanku rileks la abah lambat lagi tahun depan. Tahun depan tak sampai 3 bulan dah pun. Tak lama dah abah cakap. Bertunang tahun ini bernikah tahun depan.

Betullah tu tak lama, saja sedapkan hati kata lambat lagi. Kenduri belah lelaki mungkin buat kecil sahaja mengikut bajet.



Kalau betul kena tolong siapkan hantaran. Paling kurang tolong tengok adik buat hantaran. Rasanya pasti tolong tengok sebab tangan keras tiada seni.

Bagiku hantaran memang cantik dan seronok ketika bergambar tetapi nak buat pula rasa terseksa. Bila orang buat nampak cantik sangat. Nak buat sendiri susah nak jadi.

Hantaran juga perlu modal, nak beli bunga dan perhiasan yang lain. Kadang menyusahkan juga. Akhir majlis semua barang tersebut terbiar dan dibuang begitu sahaja. Yang ambil barang utama sahaja iaitu makanan atau barang. Jika disimpan menjadi sampah. Memang agak membazir. Sayang sangat tapi jika seseorang yang kreatif boleh guna semula. Jadi serba salah.. cantik dan penuh dengan adat.. akhir sekali berlaku pembaziran.