Jumaat, 11 Oktober 2024

Amaran! Jangan Tiru Aksi Ini!

Assalamualaikum dan selamat malam. Menulis sambil menonton ABPBH36 pada malam ini. Cerita hari ini, setelah sekian lama boikot dan tidak makan KFC. Hari ini boleh pula terjebak. Semuanya tidak dirancang sama sekali tetapi kebetulan.

Pada pukul 10 pagi anak bos beritahu ingin meraikan rakan sekerja yang akan berhenti kerja iaitu Min Chong. Waktu tengahari kami akan keluar makan. Mereka sudah biasa dengan KFC. Nak tak nak ikut jugalah...

Pilih set Twister Box RM19.90 kalau tak silap

 Bawa balik sebab tak habis, nak kongsi dengan adik perempuan pertama. Tapi dia lari dari rumah pula pergi rumah adik. Nampaknya kena makan sorang la. Akan boikot jika guna duit sendiri. Tapi bila diajak terpaksalah ikut. Takkan nak kena tinggal sorang-sorang di office. Maafkan saya. Rasa bersalah tetapi tak boleh dielak. Harap tidak tiru aksi ini di luar sana. Sekian.

Isnin, 7 Oktober 2024

Pilih Gambar Untuk Buat Photobook

Assalamualaikum, selamat malam semua. Penatnya badan ini setelah seharian di pejabat. Alhamdulillah hari ini tidak perlu ke dapur, kak sulung balik. Beliau yang masak untuk kami. Syukur sangat. Siang tadi dapat email voucher Photobook. Jadi kena kumpul gambar sebelum voucher expired.

 

Harap betullah voucher ini. Besar juga photobooknya, tak pernah buat lagi. Semoga dipermudahkan. Banyak gambar tapi tak cantik dan kurang menarik. Berpinar sudah mata. Nak pilih gambar yang menarik dan memberi kesan memori bukannya senang. Apa-apa pun menulis dulu, sambung pilih gambar esok pula.. Berusaha !!!

Sabtu, 5 Oktober 2024

Kena Kencing Kotor

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari Jumat hari itu, rasa kerap sangat kencing. Kemudian rasa sakit pinggang belakang. Ajak adik pergi klinik Bersatu di Nibong Tebal. 

Dapat ubat antibiotik dan ubat bersihkan kencing.

Ubat untuk kencing yang tulis Utix itu kena masukkan dalam air. Berbuih-buih jadinya. Bila minum air itu rasa lega sedikit. Doktor bagi MC tapi tak guna pun sebab tiada orang nak hantar balik. Lagipun sudah hampir separuh hari bekerja. Semoga cepat baik. Kencing kotor memang sinonim dengan wanita. Apa yang penting doktor kata kena minum 3 liter sehari. Jika tidak sakit ini akan berulang kembali. 

Secara jujurnya tak pernah minum air 3 liter sehari terutama bila bekerja dalam aircond. Amat-amat mencabar. Nak pergi toilet kena turun tangga lagi. Anda pula bagaimana, cukup tak air sehari?