Sabtu, 27 Julai 2024

Dua Biji Kek Span Vanila

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah selesai juga membuat dua biji kek span vanila pada hari ini. Lamanya rasa tak membuat kek span. Risau lupa pula caranya. Lagipun filling strawberi masih ada lagi. Sebelum expired harus digunakan.

Antara bahan dan barang yang diperlukan untuk membuat kek. Sanggup membeli 6 kotak susu full cream semata-mata untuk membuat kek. Padahal nak guna sedikit sahaja, satu kotak pun tak habis.

Hasilnya dua biji kek span vanila. Guna loyang 8 inci. Bakar suhu 150 darjah Celcius selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing juga. Saya guna oven Pensonic.

 
Seekor Mingki yang asyik mengekor sahaja apabila membuat kerja. Rimas yang amat. Kadang boleh mendatangkan bahaya juga kerana boleh jatuh. Kesabaran harus ada di situ yer :)

Mengoyak Surat Cinta di Pejabat?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini aktiviti mengemas fail di pejabat. Jika ada masa lapang minggu depan juga akan mengemas fail. Fail dari tahun 2012 dan 2013 masih tersimpan rapi. Sepatutnya sesuatu dokumen jika berusia lebih 7 tahun, sudah boleh dibuang. Tiada pihak yang akan mencarinya lagi.

Kebanyakan yang saya buang adalah private and confidential. Jadi haruslah dikoyak sekecil yang boleh. Antaranya melibatkan bank statement (kewangan) dan juga tandatangan pengarah.

Jika dokumen yang belum berusia 7 tahun, tetapi tidak digunakan lagi boleh disimpan dalam fail kertas dan diletak dalam kotak. Bila cukup 7 tahun bolehlah dibuang. Hal ini kerana rak fail yang ada di pejabat tidak mencukupi. Simpan cerita sebagai kenangan bekerja :)

Ahad, 21 Julai 2024

Buat Aiskrim dengan Serbuk Aiskrim Vanilla (Hanya Tambah Air)

 Assalamualaikum dan selamat petang. Entri kedua untuk hari ini. Selepas solat Zohor boleh pula teringat nak buat aiskrim. Serbuk aiskrim vanilla pemberian kakak ketiga, hampir expired. Dari membazir baik buat dengan segera.


 Serbuk Aiskrim Vanilla Marissa (Hanya Tambah Air)

 
Ada tiga perisa semuanya iaitu coklat, strawberi dan jagung
 
 
Saiz agak besar kerana nak jimat plastik. Satu aiskrim kena kongsi berdua.
Makan sendiri tak apa buat panjang.
 
 
Semoga sedaplah yer sebab tak pernah cuba lagi :)