Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ramai sudah blogger join segmen yang dianjurkan oleh Mulan ini sempena 20 tahun blognya. Memang sangat lama yang masih kekal aktif dan bertahan. Tahniah diucapkan buat blogger Mulan. Bukan senang untuk konsisten menulis, pasti ada cabarannya.
Kenapa saya ada blog? Orang yang menjebakkan saya ke dunia blog ialah adik lelaki saya. Dia ada blog yang mempunyai ramai follower iaitu terdiri dari kawan-kawannya. Kemudian dia ajar saya buat blog dan suruh melihat blog orang lain juga untuk mendapatkan idea. Dari situlah bermulanya.
Saya pula seorang yang bosan dengan satu blog. Memang buka banyak blog ketika itu. Cuba pelbagai template dan meletakkan pelbagai widget. Jika ada satu blog sahaja pasti blog jadi berat. Jadi perlukan banyak blog.
Dalam rekod bermula pada tahun 2010 tetapi saya rasa bermula awal lagi kerana blog lama saya sudah delete. Hanya blog yang berpotensi dan membuatkan saya happy dan tenang sahaja dikekalkan. Alhamdulillah kini saya selesa dengan blog yang ada walaupun nampak biasa dan ketinggalan. Tidak suka untuk tukar template atau baju blog lagi. Cukup apa yang ada kini. Lagipun tiada masa dan fokus untuk menulis sahaja.
Berbalik kepada soalan kenapa saya ada blog? Blog adalah satu ruang peribadi untuk berkongsi cerita, minat, pengalaman, hasil kreativiti kepada orang lain. Blog juga sebagai diari digital iaitu berkongsi kisah suka duka kehidupan dan kenangan. Jika tulis buku diari perlu cetak untuk letak gambar. Di blog semua kisah bermula dengan gambar. Penceritaan lebih menarik dan gambar tersebut menjadi kenang-kenangan selagi blog masih ada.
Blog juga tempat saya berkongsi ilmu iaitu resipi. Jika dulu semua resipi masakan dicatat dalam buku. Kini tidak lagi. Dengan ada blog semua resipi mudah dicari dan diakses. Blog resipi saya Sajian Hati dan Koleksi Resipi Balkish. Semoga blog resipi ini memberi manafaat untuk orang lain juga.
Selain itu, blog juga membolehkan kita berhubung dengan pembaca melalui ruangan komen yang disediakan. Kita boleh beramah mesra dan berkongsi pendapat. Jadi tidaklah bosan untuk menulis. Apa yang dapat disimpulkan di sini Blog bukan sekadar tempat menulis, tetapi tempat meninggalkan jejak cerita kehidupan. ❤️

Semuga berjaya. Semuga resepi yg ada bermanfaat buat org lain
BalasPadam