Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Penghulu segala hari. Semoga baik-baik sahaja hari ini dan seterusnya serta dipermudahkan segala urusan. Sudah sebulan lebih renovate rumah buat bilik air dan juga bilik. Pecahkan tandas yang lama dan buat tandas yang baru. Tandas lama ada masalah yang tidak boleh dielakkan, nak tak nak kena buat baru demi keselesaan.
Sejak pecahkan tandas lama saya dan adik bermalam di homestay. Di rumah ada juga tandas lain tetapi di luar. Faktor keselamatan dan keselesaan lebih baik bermalam di homestay sahaja senang untuk pergi ke tandas.
Maghrib sekarang ini masuk awal, lepas masak nasi dan siang ikan terus balik ke homestay. Nak keluar pergi ke rumah semula rasa malas. Minta adik tapaukan nasi dan lauk malam tadi. Sebelum ini masak nasi goreng dan tapau siap-siap. Lepas Maghrib atau Isyak boleh terus makan. Kadang beli makanan di kedai sahaja. Selagi tak siap rumah, merempatlah kami. Harap sangat hari Ahad ini siap.

Sedap lauk2 ni =)
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan.
BalasPadamSemoga cepat siap renovate tu.
BalasPadamsedapnya bekal!
BalasPadamsemoga rumah eyma selesai renovate
BalasPadamSemoga semua lancar
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan
BalasPadammemang lah kalau dah renov rumah, biasanya harus ada budget juga untuk stay di homestay kan.. semoga cepat selesai progress renovasi nya kak ;)
BalasPadamMoga cepat siap tandasnya ya....
BalasPadamsemoga tandas kat rumah tu dah siap skrg. X perlu lg stay kat inap desa... kos pun akan bertambah....
BalasPadamSedap lauk tu
BalasPadamMemang tidak selesa duduk rumah yang tengah diubahsuai. Hehe nanti tunjuklah bilik dan bilik air baru itu.
BalasPadamKalau rumah tgh renovation memang tak berapa nak selesa .. berdebu
BalasPadamBetter stay di homestay ya kak.. kalau tandas di luar, sayapun seram juga kalau malam2 nak kesana 😅
BalasPadamx sabar nak tengok rumah yang di renovate tu...
BalasPadam