Assalamualaikum dan selamat petang. Cerita minggu lepas hari Khamis 6 Ogos 2026, kami balik dari kerja buka pintu terhidu bau hangit. Terus berlari ke dapur dengan cepat. Perasaan ketika itu memang cemas dan takut. Risau perkara tidak baik berlaku.
Apa yang paling dirisaukan jika ada api marak dan sukar dipadam. Tong gas meletup atau ada berlaku litar pintas dalam rumah.
Apabila makin dekat menghampiri dapur kami memperlahan langkah. Ambil nafas dahulu kemudian pergi ke dapur gas. Ada api gas yang menyala, atasnya ada kuali berisi makanan. Suruh adik tutup api tersebut cepat-cepat. Adik laju sikit.
Alhamdulillah tiada api yang marak. Syukur sangat, memang tak tahu buat apa jika berlaku seperti itu. Tong gas pun minta abah atau adik lelaki tolong tukarkan. Bab gas dan elektrik memang takut sebab keluarkan api.
Mujur api yang menyala itu adalah kecil sahaja. Jika tidak memang tak sempat kami selamatkan. Abah kata dia buka api untuk panaskan lauk pukul 4.30 petang, kami sampai rumah hampir pukul 7 malam.
Abah tak perasan api masih ada kerana tak nampak api. Dia tak ingat sama ada sudah tutup atau belum. Bila tak nampak dianggap tutup. Lewat sikit kuali boleh tembus. Abah hangatkan makanan supaya tidak basi untuk makan lagi nanti.
Syukur tiada apa-apa berlaku. Moga dijauhkan. Abah pun tak tahu apa yang berlaku. Bila cerita dan tunjuk bukti baru abah tahu. Kena beritahu juga sebagai peringatan. Kena sama-sama beringat. Bila ada bau atau perkara yang pelik kena cepat-cepat ambil perhatian dan cari punca. Cerita juga pada adik lelaki agar lebih peka. Sekian.
Alhamdulillah takde perkara buruk yg berlaku. PH kalau tengah masak di dapur, jika perlu tinggalkan sekejap biar je lampu dapur terbuka. Indirectly ingatlah api dapur sedang digunakan.
BalasPadamPernah juga berlaku peristiwa macam ni.
BalasPadamBiasanya kita panaskan lauk, lepas tu buat kerja lain sampai terlupa api masih menyala.
Nasib baik takde apa2. Lama juga tu tempoh masa.
BalasPadamYA Allah, nasib baik api tu kecik. Memang mencemaskan betul la..
BalasPadamSaya pernah panaskan lauk jugak, pergi la buat kerja lain..tau2 hangit rentung jugak...
BalasPadamsyukur semuanya selamat dan terkwal
BalasPadamAllahu. Bahaya jugak bila terlupa tengah panaskan lauk tu. Alhamdulillah, Allah jauhkan dari sebarang malapetaka. Orang tua memang kadang2 mudah terlupa. Kena pesan dekat ayah kalau panaskan lauk jangan kemana-mana duduk je kat dapur tu sebab senang nak hidu kalau ada bau hangit.
BalasPadam