Isnin, 20 Julai 2026

Rezeki Dapat Buah Rambutan

Assalamualaikum dan selamat malam. Lama juga rasanya tak menulis di blog. Masa berlalu begitu pantas. Pagi pergi kerja bila malam pula terlalu penat tak sempat menulis. Hari minggu pula sibuk urusan di rumah dan uruskan homestay baru yang akan dibuka.


Hari Ahad lalu, kakak pergi ke rumah kawannya bersama kawan-kawan yang lain. Mereka kait dan kutip buah rambutan. Jauh juga rumah kawannya itu pergi pagi, malam baru sampai rumah. Di mana? Tak ingat pula kakak beritahu. 

Alhamdulillah, puas sangat dapat menikmati buah rambutan. Oleh sebab terlalu banyak, berkongsi rezeki pula dengan rakan tempat kerja.

Baru tahu ada nama buah rambutan anak sekolah sebab kakak tempat kerja iaitu Kak La tanya, buah rambutan anak sekolah ke yang saya bawa? First time dengar dan terus Google.

Manalah tahu buah rambutan jenis apa. Yang tahu buah rambutan merah dan kuning... 😂 

5 ulasan:

  1. Sedap tu, rambutan merah tu rasanya nama dia anak sekolah, yg kuning pulak tak tau panggilan khas dia.. hehe

    BalasPadam
  2. memang famous lah rambutan anak sekolah...suka sgt mkn yg tu zmn MZ sek rendah...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki. PH dah besar baru tahu ada nama rambutan anak sekolah. Kecik² tahu rambutan lekang dan rambutan biji je. Orang Baling panggil moktan butir 😁 sesuai buat jem rambutan jenis ni.

    BalasPadam
  4. selalu anak sekolah warna kuning dan lekang isinya...

    BalasPadam