Khamis, 19 Februari 2026

Happy Chinese New Year 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah hari ini sudah masuk satu Ramadhan, hari pertama umat Islam berpuasa. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan memperoleh pahala berlipat kali ganda. 

Hari ini office masih lagi sunyi. Boss dan staff yang menyambut raya Cina masih lagi cuti. Tahun ini sedikit sangat hamper dan limau yang diperoleh dari pembekal. Bawa balik limau pun lebih kurang 5 biji sahaja.

Mujur ada pemberian dari Wang dan Cindy. Wang pasti akan memberi setiap tahun pada kami. Terima kasih sangat :)

Cindy bagi yang dalam beg. Keropok yang diberi memang yang kami suka makan. Keropok durian kenangan sangat. Makan sejak kecil lagi.

Alhamdulillah... Dapat juga merasa buah tangan sempena Chinese New Year.

2 ulasan:

  1. Wahhh..Meriah jgk ni..This year x dpt apa2 dr jiran sbb jiran baru =D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..rezeki tu..ada la merasa buah dari orang bagi.. last² beli sendiri, tapi sebab nak bagi buah tangan..hihihi

    BalasPadam