Assalamualaikum semua.. Salam Maulidur Rasul.. Salam Penghulu segala hari, hari Jumaat yang mulia. Percutian ke Pulau Pangkor 2 hari 1 malam pada 21 dan 22 Ogos yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah.
Kami naik feri di jeti Lumut. Tiket pergi dan balik RM20 seorang dewasa. Sampai sana kami naik van pink untuk berjalan-jalan di Pulau Pangkor. Satu van untuk kami 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak RM70. Mula-mula harga RM85, minta kurang RM70 tetapi van tiada aircond. Kami pun setuju asalkan boleh jimat.
Banyak lagi nak cerita sebenarnya. Jika ada masa akan letak lebih banyak gambar tetapi di blog lain.
Inipun syurga coklat selain Langkawi.
BalasPadamBetul tu, rambang mata nak pilih
PadamCie hari tu pi pangkor siap beli pinggan set lagi 😁. Seronok pi sana. Lebih kurang langkawi dah.
BalasPadamBanyak pinggan cantik-cantik tapi tak mampu nak bawa sebab bawa beg biasa sahaja.
Padam