Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah hari ini semua ahli keluarga berkumpul kecuali adik lelaki kerana sudah balik minggu lepas. Esok ada majlis perkahwinan abang. Kenduri sebelah perempuan pula sebab itu ahli keluarga pulang ke kampung.
Berbalik kepada entri, kisah ini berlaku pada bulan Mac 2025 yang lalu. Dapat mesej daripada J&T bahawa parcel hilang tak dapat dikesan. Parcel tersebut dihantar oleh Dessini yang mengandungi mesin chopper yang telah dibaiki. Mesin chopper dalam tempoh waranti lagi. Apabila sudah dibaiki pihak Dessini hantar kembali tetapi saya tidak memperolehnya dalam tempoh yang lama.
Kemudian berlakulah perkara misteri, mendapat parcel yang tidak diketahui atas nama saya. Bingung sama ada nak buka atau tidak. Tetapi bila atas nama dan alamat sendiri terpaksalah buka juga.
Tidak berapa lama kemudian, dapat pula parcel ini. Parcel ini memang kenal kerana parcel yang pernah dihantar kepada Dessini untuk dibaiki.
Akhirnya dapat juga barang yang dinanti. Kedua-dua parcel yang diperoleh masih menjadi misteri. Nak hantar kembali semua bungkusan sudah koyak dan dibuang. Sampai sekarang tidak cuba sama ada mesin chopper ini berfungsi dengan baik atau tidak selepas dibaiki. Jika rosak pun tidak akan hantar untuk dibaiki lagi. Nanti dapat parcel misteri lain pula :)
Aik. Bukan ada alamat sender ke? Kecuali la kalau guna platform macam shopee, jadi tak tahu siapa pengirim sebenar. Dapat juga chopper Dessini yang dihantar untuk dibaiki, walau pun ambil masa lama. Atau mungkin Eyma ada menang apa-apa peraduan atau giveaway tapi Eyma tak perasan? Apa pun, Alhamdulillah, rejeki juga tu.
BalasPadamTak tengok pula ada alamat sender ataupun tak. Rezeki kucing dapat makanan :)
Padamseram jugak tu dapat parcel misteri..
BalasPadamMemang pun, risau juga nak buka :)
Padamaiiiiih macam mana sender bisa salah kirim yaaa. susah juga nak lacaknya.... macam waktu itu saya terima barang yg jelas2 oenerima dan alamat nya bukan saya... ntah kenapa kurir malah letak di rumah saya.. nasib baik penerima dekat rumahnya.. jadi saya hantarkan lah..
BalasPadamAlhamdulillah.. baik hati awak :)
PadamHuih hati2 ada baru ni tengok orang boleh hantar dadah kat kita. Risau jugak sekarang macam2.
BalasPadamBetul juga.. kena lebih berhati-hati :)
Padam