Assalamualaikum dan selamat malam semua. Nak menulis tetapi badan dan fikiran rasa terlalu penat. Menulis santai-santai agar blog sentiasa diupdate. Bermula hari Sabtu 9 Mac 2024, kemas dua buah peti sejuk. Buang makanan yang sudah lama dan tidak diperlukan lagi. Bersihkan segala kotoran di dalamnya. Cicak yang sudah mati pun ada dalam peti sejuk. Bilanya masuk pun tidak tahu. Betapa kotornya peti sejukku.
Minggu lepas menyapu rumah atas. Mengemas ruang tidur arwah mak dahulu. Abah jarang tidur di situ jadi kena kemaskan apa yang patut. Anak cucu pulang baru abah akan tidur di rumah atas. Banyak tahi cicak dan bersawang. Bila sudah bersih, sejuk mata memandangnya walaupun tahu kebersihannya itu tidak akan bertahan lama.
Gambar tiada kaitan dengan cerita. Sekadar iklan. Hari Ahad 10 Mac 2024 pula mengemas dapur. Sapu dan mop lantai. Penatnya sampai ke malam. Harap esok pagi baik-baik sahaja. Itulah persediaan Ramadan agar lebih bersemangat untuk ke dapur.
Amal ibadat juga tidak dilupakan. Insya Allah hari Isnin akan bentangkan karpet untuk solat terawih di rumah agar lebih selesa. Moga Allah permudahkan urusan untuk beribadat.
Ramadhan Kareem!
BalasPadamSemoga diberi kesihatan yg baik buat kita semua utk menambah amal di bulan mulia ni 🤲
Alhamdulillah sempat mengemas nak sambut tetamu mulia ni 👍
Amin.. selamat berpuasa :)
PadamSelamat berpuasa =)
BalasPadamSelamat berpuasa
BalasPadamComelnya dak Oyen tu. Mrs. A belum mengemas rumah lagi huhuhuuu
BalasPadam