Sabtu, 16 Februari 2019

Tapai Oh Tapai

Siapa di sini yang suka makan tapai? Mesti ada yang kata, manisnya tapai nie letak gula banyak mana? Kemudian, ada pula yang bertanya, tapai dibuat daripada apa? Persoalan ini selalu sahaja didengar tatkala seseorang itu tidak pernah merasai keenakan tapai atau baru pertama kali merasainya. 

tapai
Sebenarnya tapai tidak diletakkan gula pun cuma bahan asasnya pulut dan ragi. Selebihnya saya kurang pasti. Apa yang pasti memang tidak diletakkan gula...

tapai
Tapai memang enak dimakan tetapi badan akan berasa sedikit panas dan tidak sesuai bagi yang berpenyakit. Mak memang tak berani makan. Masa muda-muda mak memang suka tetapi tak pernah menjadi apabila membuatnya...

tapai
Tapai perlu diperam dan tidak boleh dibuka selalu. Pulut tersebut harus 'demam'. Itu istilah yang saya dengar dari cakap orang tua-tua...

tapai
Pantang larangnya tidak boleh memberitahu orang kalau kita hendak membuatnya. Maksudnya kena buat diam-diam. Saya tak tahu kebenarannya. Itu semua di dengar dari perbualan mak-mak kita. Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan