Jumaat, 16 Januari 2015

Punca Status Non-Glitterati

Assalamualaikum....

Ini adalah entri kedua untuk hari ini. Entri pertama saya bertajuk Apabila Status Nuffnang Non-Glitterati. Entri pertama adalah lebih kepada persoalan mengapa ianya berlaku? Perasaan terkejut dan sebagainya.

Entri yang kedua ini adalah untuk menjawab kepada persoalan tersebut. Inilah jawapan daripada tiket yang dihantar kepada pihak Nuffnang.


Terima kasih James Khor yang menjawab pertanyaan saya itu. Tq juga kepada Nuffnang. Oleh itu, terjawablah sudah segala persoalan.

Nuffnang

Memang tidak dinafikan bahawa blog saya iaitu blog Ilham Fotografi tidak mempunyai pelawat dan kurang aktif. Blog tersebut merupakan blog saya menyimpan gambar-gambar yang telah diambil untuk tatapan sendiri dan juga keluarga. Pembaca blog memang kurang menggemarinya pada pandangan saya.

Tindakan yang saya lakukan adalah dengan memadam sahaja blog tersebut dari akaun Nuffnang. Sayang memang sayang tetapi ia telah menjejaskan status Nuffnang. 

Blog ini pun kurang pelawatnya. Menulis sebab minat dan ingin mencuba. Jadi, saya akan terus menulis walaupun orang anggap blog 'syok sendiri'. Saya minat dan saya akan teruskan. Blog dijadikan diari untuk mengisi kisah kehidupan. 

3 ulasan:

  1. Salam.... Eyma kena rajin berkunjung ke blog lain baru lah pemilik blog tu akan singgah ke blog Eyma... cuba pakai formula ni... insyallah menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm....tq kerana memberi formula ini. Insyaallah akan selalu dipraktikkan :)

      Sejak akhir-akhir memang jarang sangat blogwalking...

      Padam
  2. My nuffnang pon baru2 ni non glitterati. Sbb dah deactivate almost 2 years xD Tapi dah dapat balik, Alhamdulillah.

    Tapi pelik iklan nuffnang masih tak appear walau dah letak coding nya

    BalasPadam