Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk menonton di panggung wayang LFS (Lotus Five Star Cinemas) Kerian Sentral, Parit Buntar. Free screening 31 Januari hingga 4 Februari 2015 sempena perasmian pembukaan panggung wayang tersebut.
Kami (aku, kakak, adik dan kawan adik) dapat 5 tiket free hasil belas ihsan dan pemberian orang lain. Siapa? Erm...biarlah rahsia... Memang mencabar nak tengok wayang, bayangkan cerita mula pukul 5.30 petang dan 5.30 petang jugalah kami bertolak dari rumah.
Sampai di panggung wayang pada pukul 6 petang. 7 malam pula cerita berakhir. Walaupun sempat menonton satu jam sahaja sudah cukup menggembirakan. Nasib baik free, kalau tidak memang menyesal juga. Cerita yang kami tengok bertajuk Maleficent. Memang best panggung wayang di situ. Selesa, service terbaik dan rasa macam nak tengok lagi !!!
syokkan menontoh wayang... saya lebih suka menontoh wayang cerita2 baru dari di rumah sebab penonton suka berbual kalau kat rumah... kat panggung sistem bunyi pun bagus
BalasPadam