Rabu, 14 Januari 2015

Ditahan oleh Security Guard di Mydin Shopping Mall

Assalamualaikum...

Hari ini tiada mood. Rasa amat bersalah pada seorang sahabat yang baik hati. Dia seorang yang amat baik hati dan memahami. Tetapi aku sudah melukakan hatinya. Maafkanlah aku...

Ermm.. hari ini aku nak story kisah aku kena tahan oleh Pak Guard di Mydin. Mana taknya bila aku nak masuk ja untuk shopping di Mydin, alat keselamatan kat pintu tu berbunyi. Terus la pak guard tahan...

Maka, dia check la barang-barang dalam beg aku. Apa yang menyebabkan alat tersebut berbunyi? Inilah dia... Tengok kat bawah tu...

kod bar barang kosmetik safi krim anti jerawat


Itulah barangnya... Bukan salah barang tersebut tetapi kerana ada pelekat kod bar. Aku beli barang tu kat Watson dan kebetulan hari Sabtu, takde beg plastik. Aku sumbat jer dalam beg. Apabila nak masuk jer dalam Mydin, penggera berbunyilah pula....

Penggera tersebut berbunyi kerana ada pelekat kod bar tersebut. Kebiasaannya gincu, minyak wangi dan barang kosmetik ada kod bar tersebut.

Selain itu, menurut security guard, dompet atau beg tangan baru dibeli juga boleh menyebabkan penggera berbunyi. Mungkin ada kod bar yang masih tertinggal dan tidak dibuang...

2 ulasan:

  1. kite cukup tak suka kalau penggera tu berbunyi..
    macam kita mencurik pulak..
    malu kot..!!! huhu
    next time kena berhati2 bli barang kat tempat lain tu..pastikan takde bebenda yang boleh sebabkan penggera berbunyi lagi masa bayar..

    BalasPadam
  2. Betul tu..memang malu tapi nasib baik masa masuk takde orang sangat... Habis beg tangan kena geledah..tak suka 3x..

    BalasPadam