Selasa, 29 September 2026

Ole-ole Pokok Bromeliad

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu. Di bawah merupakan pokok terbaru di Sweet Garden. 

Pemberian kak ipar iaitu Kak Su. Terima kasih sangat. Teringat juga akan adik iparnya ini. Datangnya jauh dari negeri Pahang ke Perak Darul Ridzuan.

Ole-ole dari Pahanglah begitu. Kak Su bertandang ke rumah kakaknya di sana. Kakaknya memang buat jualan pokok Bromeliad ini.

Tanam gunakan sabut sahaja kerana pokok ini tidak boleh kena air yang banyak boleh cepat busuk akarnya. Kalau jual pokok ini RM 50 untuk tiga pokok. Alhamdulillah atas rezeki ini. Moga pokok Bromeliad ini hidup subur.

Isnin, 28 September 2026

Rezeki Dapat Pengat Pisang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Jumaat lepas, beli maruku dapat juga pengat pisang. Buah pisang itu pemberian mak mentuanya.

Minta ChatGpt buang background, itulah hasilnya. Alhamdulillah atas rezeki ini. Rezeki yang tidak dijangka.

Minta maruku diletakkan di pondok guard dan ambil gambar. Tertanya juga apakah yang ada dalam plastik merah itu. Tak tunggu balik, terus ambil untuk lihat isinya. 

Jika terlalu sibuk, masa balik baru saya ambil di pondok guard. Makan terus maruku manakala pengat makan di rumah sahaja. Terima kasih kerana berkongsi rezeki.

Sabtu, 19 September 2026

Matahari Warna Merah

Gambar ini diambil pada 15 September 2026 jam 6.17 petang. Merah betul matahari, sakit mata bila melihatnya. Ambil gambar bahagian atas tinted kereta iaitu yang lebih gelap. Ini pun sudah cukup membuatkan matahari nampak merah dan  terang. Kawan juga perasan akan keadaan itu. Tempatnya juga matahari nampak merah. Bergurau dengan adik, matahari sakit mata sebab jerebu :)