Ahad, 28 Jun 2026

Menu Sarapan 28 Jun 2026

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru berkesempatan menulis menu sarapan pagi tadi. Hari ini masak nasi goreng ikan bilis dan cucur durian kurang manis. Sengaja kurangkan gula dalam cucur. Alhamdulillah habis licin kedua-duanya, makan untuk 4 orang.


Cucur durian terhasil apabila ada durian dalam peti ais yang kurang manis. Daripada terbiar lama dalam peti baik juga buat masak. Letak tepung kek, memang gebu gebas cucurnya. Kalau manis lagi sedap dan nikmat. Alhamdulillah atas rezeki ini :)

Ahad, 21 Jun 2026

Hadiah Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah hadiah giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 selamat mendarat di rumah pada hari Isnin, 15 June 2026 lalu. Skynet hubungi untuk mendapatkan lokasi rumah. Memang tak sangka menjadi salah seorang yang bertuah dalam giveaway ini. Klik di sini untuk untuk senarai pemenang giveaway. Menang untuk kali pertama bagi tahun ini. Alhamdulillah...

Inilah hadiah yang diperoleh. Sampul duit raya dibungkus dengan rapi dan diikat dengan reben ungu. Cantik dan kemas sangat balutannya. 

Dapat juga surat atau Utusan Diraja. Rajin betul Cuya tulis tangan. Cantik pula tulisannya. Teringat zaman dulu suka menulis surat untuk sahabat yang jauh.  Terima kasih Cuya atas kiriman surat dan sampul raya ini. Eyma amat gembira dan menghargainya. Jom tengok semua yang dapat.

Sampul duit raya bertema anime iaitu Naruto, One Piece, Dragon Ball, Pokemon dan Demon Slayer.

Ini pula watak Labubu, comel sangat. Terima kasih Cuya atas pemberian hadiah ini. Eyma suka semuanya. Rasa sayang nak guna terutama dengan watak Labubu yang comel. Kena simpan untuk koleksi sendirilah nampaknya.

Khamis, 18 Jun 2026

Anak Pokok Bunga Telang

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah tumbuh juga anak pokok bunga Telang daripada penanaman biji benih. Tumbuh dengan suburnya.


Tak sabar nak melihat perkembangan pokok bunga Telang ini kerana pertama kali menanamnya. Selain itu, tak tahu juga nak letak di mana.. Apa-apa pun tanam dulu, bila besar baru ubah tempat yang sesuai.