Ahad, 31 Mei 2026

Biji Benih Bunga Telang

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sebenarnya tiada idea nak tanam biji benih bunga Telang ini. Nak tanam dalam pasu atau atas tanah sahaja. 


Pokok bunga Telang ini sejenis pokok yang memanjat dan menjalar. Tak boleh tanam di tempat yang sebarangan. Buntu nak tanam di mana dan tempat sesuai buat pagar. First time pula nak tanam. Kakak yang bagi suruh tanam kerana bunganya sangat berkhasiat.

Khamis, 28 Mei 2026

Pelam Harumanis

 Assalamualaikum semua. Baru saja makan tengahari tadi. Makan nasi lemak, biskut dan kerepek raya sahaja. Masih dalam mood raya tetapi sudah bekerja. Di rumah ada kakak, abang ipar dan anak saudara. Mereka masih cuti.

Cerita lama, kakak dari Kulim bawa balik buah pelam Harumanis. Katanya kena makan cepat nanti rosak. 

Nak beli sendiri memang tak merasalah. RM10 sebiji, rasanya memang manislah. Alhamdulillah ada yang memberi. 

Jumaat, 22 Mei 2026

Ole-ole dari Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dapat ole-ole dari Sarawak. Sahabat dan kawan tempat kerja bagi.  

Ini sahabat beri, terima kasih Hajar.

Ini Adila bagi. Terima kasih sangat. Meriahlah pelekat magnet di rumah. Tak perlu beli pun tetapi diberi sebagai buah tangan. Alhamdulillah.