Ahad, 9 Ogos 2026

Pembelian dan Infak Pakaian Terpakai

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah masih berkesempatan menyumbang pakaian terpakai. Kali ini bukan pakaian sahaja tetapi sumbang beg dan kasut juga. Kebanyakannya adalah barangan adik lelaki. Pakaiannya sudah lama tidak disentuh kerana orangnya bekerja di Kuala Lumpur. Adik juga sudah beri keizinan. 


Ralat juga jika tidak sumbang sesuatu kerana tempat pengumpulan sudah dekat dengan rumah iaitu di Masjid Jamek Tanjong Piandang. Alhamdulillah sempat juga mengemas walaupun tahu agak lambat.


Ada tiga plastik pakaian, dua plastik mengandungi beg dan satu plastik kasut. Barang-barang yang tidak digunakan lagi jika disimpan akan rosak atau menjadi buruk juga. Lebih baik memberi sumbangan pada orang lain.

Khamis, 6 Ogos 2026

Air Tangan Kak Ipar Bahagian 2 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah blog rakan-rakan blogger ada yang sudah kembali seperti sedia kala. Bukan senang nak bina blog. Kandungan yang tersimpan amat bermakna dan berharga bagi seorang blogger. Pelbagai ilmu dan juga kenangan untuk bacaan awam dan rujukan sendiri. 

Berbalik pada entri yang sepatutnya dimuatnaik pada tahun lepas. Bila kumpul dan simpan sampai terlupa. Gambar di bawah adalah makanan dimasak oleh kak Su iaitu kak ipar saya. Semuanya sedap-sedap belaka. Jom layan.

Menu pertama ialah lempok durian.
Dihasilkan daripada isi durian.

Kuih Balung Ayam @ Balungan Hayam
Merupakan kuih orang Banjar

Ayam masak merah dan juga jelatah

Cucur udang dan kuah kacang 

Siput lala

Mee kuah

Mee sanggul goreng 

Kerang rebus

Ikan sepat goreng dan sayur tauge

Kuew teow goreng 

Selasa, 4 Ogos 2026

Pisang dan Cempedak Goreng untuk Tetamu

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad 2 Ogos 2026, jiran rumahku meninggal dunia. Abah panggil Pak Su Musa. Sudah lama terlantar sebab sakit tua. Memang rapat dengan abah dan baik orangnya. 


Abah suruh buat air dan pisang goreng untuk orang jauh yang datang menziarah. Kasihan dengan cuaca hangat lagi. Meninggal waktu tengahari dalam pukul 1 tengahari, malam baru dikebumikan.

Pisang dan cempedak goreng yang kurang menjadi. Macam manalah orang kedai masakkan. Walaupun sejuk tetap ranggup. Apalah resipinya. Harap habislah dimakan.