Rabu, 21 Januari 2026

Tebu Nan Sebatang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat mencari rezeki yang berkat diawal pagi. Bila tengok tebu teringat kembali zaman kecil dahulu. Petang-petang bila lapar tebulah yang kami cari. Buang kulit dan potong bagi kecil sedikit. Kunyah untuk dapatkan air manisnya. Hampas dibuang ke tanah. Nikmat manis air tebu. Abah kata boleh cuci gigi sekali. Masa kecil asyik lapar sahaja. Nampak buah jambu pun sanggup panjat.


Kini, abah ada tanam sedikit tebu di tepi rumah. Abah bagi suruh makan. Potong buang kulit rasa tak sanggup nak makan. Risau gigi patah...haha.. Itulah nama sudah meningkat usianya. Makan sedikit sahaja untuk rasa. Kurang manis mungkin tidak terlalu kuning kulitnya. Simpan dalam peti jika ada yang ingin merasa.

Isnin, 19 Januari 2026

Refill Ink Printer

Assalamualaikum dan selamat petang. Pagi tadi refill ink warna biru, kuning dan merah. Tak perasan stok ink warna hitam tiada. Jadi perlu beli dulu. Petang baru refill ink warna hitam pula.


Harap bertahan lama inknya. Tak terlalu cepat habis. Boleh dikatakan satu office guna printer ini kerana printer warna ada dua sahaja. Printer lain ink warna hitam sahaja yang boleh. Lagipun printer Canon 3020 ini menggunakan wireless, guna handphone pun boleh print. 

Ahad, 18 Januari 2026

Buang Ubat Expired

Assalamualaikum dan selamat malam. Operasi mengemas barang peribadi. Salah satunya ialah ubat-ubatan. Pasti ada ubat yang sudah tamat tempoh dalam simpanan. Bila sakit terus ke klinik, tidak pula mencari ubat lama yang disimpan kecuali ubat tahan sakit. Ubat Panadol atau Paracetamol memang laku keras di rumah ini.


Kesemua ubat di atas telah tamat tempoh. Terasa kosong sikit drawer bila telah dibuang. Ubat-ubatan letak dalam drawer kecil sahaja agar mudah dicari. Anda bila lagi? Cepat buang ubat yang telah tamat tempoh :)