Jumaat, 9 Januari 2026

Chop Nama Buku Sekolah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini terutamanya kaum ibu pasti sibuk menguruskan persiapan akhir anak-anak untuk ke sekolah. Ramai kawan-kawan yang post di whatsapp mengenai persiapan mereka itu. Beli baju, beg, buku, tulis nama pada buku sekolah, isi borang dan juga ada yang sudah siap iron baju sekolah.

Ada juga yang menyatakan suatu penyesalan bila beri nama anak terlalu panjang. Nak tulis nama pada buku sekolah baru terasa. Ada yang tak perlu tulis tetapi chop nama atau tampal pelekat di buku sekolah. Rasanya chop lebih jimat kerana boleh digunakan sampai habis sekolah. Pelekat boleh guna sekali sahaja. Itulah ragam sebelum persekolahan baru bermula. 

Gambar di atas adalah chop yang digunakan untuk chop nama anak di buku sekolah. Kreatif ibubapa sekarang. Tak perlu tulis tangan lagi. Buku teks pun boleh chop sahaja. Jimat dan mudah.

Rabu, 31 Disember 2025

Rezeki Tersalah Alamat

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini menikmati kacang gajus yang ranggup dan enak ini. Bersalut gula, garam dan ada sedikit susu rasanya. First time rasa kacang gajus begini. 

Rezeki salah alamat sebenarnya. Seseorang dikenali telah salah pilih alamat. Perkara nak jadi. Nak pulangkan kembali katanya tak perlu. Jadi ucap terima kasih sahajalah.

Bukan kacang gajus ini sahaja tetapi ada barang yang lain lagi. Nanti tulis di entri yang seterusnya jika berkesempatan. Terima kasih awak, semoga dilimpahkan rezeki selalu..

Khamis, 25 Disember 2025

Segmen Refresh Bloglist 2026

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru berkesempatan untuk join Segmen Refresh Bloglist 2026 ini. Tamat pada 26 Disember 2026. Tulis entri guna handphone sahaja kali ini, tak sempat nak buka laptop lagi.