Ahad, 21 Disember 2025

Selamat Hari Lahir Sahabat 2025

Assalamualaikum dan selamat malam. 19 Disember hari lahir sahabat. Adik ada buat kad untuk sahabat kerana adik juga sangat rapat dengannya. Banyak rahsia yang sahabat saya itu lebih suka bercerita pada adik. Tak apalah orang tak nak cerita, tak perlulah nak mendengarnya. Kami kurang berkongsi rasa sejak bekerja.

Adik tanya nak tulis ucapan tak? Dia bagi kertas kuning itu. Tulis ucapan simple-simple sahaja. Adik pun tak bagi tengok kad birthday yang dibuatnya itu. Memang tak minta untuk tengok kerana sudah tahu jawapan negatif yang akan diterima. Adik sorok-sorok kad tersebut.

Tuan punya birthday yang belanja nasi tomato ini. Dia beritahu pada adik yang dia akan belanja pada hari lahirnya. Adik pula sampaikan pada saya. Bila terima saya mesej terima kasih padanya sendiri. 

Terima kasih sahabat kerana sudi belanja sempena hari lahirmu. Tiada lagi bertukar hadiah seperti dulu kerana masing-masing buntu apa yang harus diberikan. Jika masa sekolah dahulu kita sering berikan hadiah pada hari lahir. Tetapi kini masih berikan cuma bukan hari lahir tetapi bila berjumpa ramai-ramai iaitu kita berempat. Masa berjumpa tak balik dengan tangan kosong. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.

Isnin, 15 Disember 2025

Sumbang Majalah dan Buku Lama

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejuk sahaja hari ini kerana pagi hujan dan sekarang awan mendung. Bila nak hidup minimalis kena kurangkan barang sedikit demi sedikit. Bermula dari pakaian, buku dan barang di dapur. Bukan mudah untuk membuang barang yang disayangi tetapi tak diperlukan lagi. Semua barang ada kenangan tersendiri.


Sukar juga kakak nak lepaskan majalah yang dikumpulnya semasa sebelum kahwin dahulu. Ada 3 kotak majalah dan buku sekolah.


Beri pada Encik Mizi, tinggal di Parit Buntar. Buku dan majalah lama akan dikoyak dan dimampatkan dalam kotak bersama barang yang ditempah pelanggan. Kemudian di pos, penting supaya barang yang dihantar tak mudah pecah. Sekali-sekala sedekah, boleh sahaja dikitar semula untuk dapatkan duit. Tapi rasanya tidaklah seberapa. Lebih baik beri pada yang memerlukan. Sekian, diari untuk hari ini :)

Jumaat, 12 Disember 2025

Pohon Kelapa Berbuah Lebat

Assalamualaikum dan selamat petang. Panas cuaca hari ini. Kehadiran aircond tidak mampu menampung kepanasan. Mungkin ada  aircond yang perlu diservis. Semasa brisk walk hari itu, sempat ambil gambar pokok kelapa ini. Ia amat menarik perhatian, jarang dapat dilihat.

Pohon kelapa yang lebat berbuah. Buahnya kecil-kecil sahaja. Adakah buahnya mampu membesar? 

Nanti ada masa boleh ronda lagi untuk melihat perkembangan pohon kelapa ini. Adakah patut dicantas agar tinggal sedikit sahaja buah untuk terus membesar?