Ahad, 19 Oktober 2025

Bakar Sofa Buruk

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini nak hantar pakaian terpakai di masjid Tanjung Piandang. Petang pula nak keluar makan bersama sahabat. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Sofa arwah mak, kakak yang belikan. Kami biarkan lama situ hingga reput. Kalau arwah ada, dia tak suka buang barang. Selagi boleh guna akan digunakan sampai rosak. Jika rosak sikit-sikit akan dibaiki dan boleh guna walaupun tidak cantik pada pandangan mata. Kakak pula jika nak beli sofa lain kena buang sofa yang lama. Itu syaratnya. Jadi tak bergantilah sofa di rumah kami.

Alhamdulillah adik tolong bakar. Sedaplah sedikit mata memandang selepas ini. Risau ada tikus atau ular 🐍 bersembunyi. Ada projek sebenarnya nak buat di situ. Nanti akan update di entri seterusnya.

Khamis, 16 Oktober 2025

Jajan dari Indonesia: Keripik Apel dan Nangka

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dan indah dari semalam. Dipermudahkan segala urusan kita, dikurniakan ketenangan serta kesihatan yang baik.

Keripik Apel dan juga nangka. Ole-ole dari Indonesia. First time mencuba keripik apel. Keripik nangka pernah cuba sebelum ini.

Bagi pendapat kedua-dua keripik ini tidak memenuhi citarasa kami sekeluarga. Kami agak kurang menggemarinya. Mungkin untuk golongan remaja lebih menyukai jajan seperti ini.

Keripik Apel tidak terlalu ranggup sesuai untuk dimakan oleh orang tua. Rasanya rasa manis epal iaitu tidak terlalu manis. 

Keripik nangka pula agak keras dan tidak sesuai untuk orang tua dan kanak-kanak. Rasanya memang manis. Beri pada adik untuk mencubanya.

Selasa, 14 Oktober 2025

GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan menyertai give away di blog Mek Yuhhh. Hari ini kakak yang tinggal di Kulim, balik ke kampung. Kakak masak makan malam untuk kami. Jadi bila balik kerja terus mandi dan tunaikan solat Maghrib. Tak perlu lagi ke dapur untuk masak. Syukur alhamdulillah...

Jadi adalah kesempatan untuk menulis entri di blog. Hadiah misteri? Apalah agaknya hadiah misteri itu bagi yang bertuah. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2025. Pemenang akan diumumkan pada 5 November 2025.

Cara penyertaan:

1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh

2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.

3. Publishkan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.

4 Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.

5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW blog Mek Yuhh.

6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini.