Rabu, 24 September 2025

kuih-Muih, Keripik Nangka dan Keripik Apel

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini ambil cuti separuh hari. Adik ada hal yang perlu diuruskan. Jadi terpaksa cuti sekali. Balik tengahari cuaca sangatlah panas, rasa tak nak keluar dari kereta.

Pemberian Miss Teoh pada hari Selasa lalu. Lama tak beli kuih memang sedaplah jadinya. Sekejap sahaja habis. Tambahan pula makan sambil menonton cerita Korea yang terbaru. Terima kasih kerana sudi memberi.

 Kakak beli di Indonesia. Baru makan kacang, kerepek belum cuba lagi. Harap sedaplah. Keripik Nangka dan juga Keripik Apel.

Ahad, 21 September 2025

Tebus Penghargaan SARA Adik Lelaki

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Kelmarin tebus penghargaan SARA untuk adik lelaki di Econsave Jawi, Pulau Pinang. Pertama kali ke situ dan seronok juga kerana tak ramai orang. Mungkin rasa begitu kerana semasa di kaunter tak perlu beratur. Cepat sahaja prosesnya.

Adik suruh beli biskut manis untuknya. Kami pun borong biskut banyak-banyak. Beli barang dapur dan mandian sikit.

Mungkin ada barang yang kami tak kira, jadi terlebih pula berbelanja. Jadi kena keluar duit sendiri untuk lebihan tersebut. Begitu sahaja resitnya. Tak tulis harga satu persatu.

Promosi beli biskut Munchy's RM15 ke atas dapat beg atau bekas air. Kami pilih bekas air sebab kaca. 

Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Sarapan nasi goreng pagi ini. Seperti  biasa nasi goreng letak ikan bilis dan juga sayur sawi. Guna bahan yang ada di rumah sahaja.

Nasi goreng cepat di masak enak dimakan :)

Sawi ambil dalam pasu. Kecil sahaja sawi sebab baru tanam. 

Petang nanti jika berkesempatan nak letak baja kopi. Pertama kali tanam sawi dan tak pernah guna baja kopi. Harap-harap menjadi.