Khamis, 18 September 2025

Pemenang Segmen Gempak Melukis Poster Merdeka di Blog Pesona Etuza

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah menjadi pemenang segmen gempak melukis poster merdeka di blog Pesona Etuza. Boleh klik pada gambar untuk melihat pengumuman anugerah segmen gempak ini. 

Rezeki ini memang tidak disangka sebenarnya. Menjadi pemenang saguhati pun sudah cukup bersyukur. Apatah lagi dapat lebih... Alhamdulillah... Terima kasih kepada PE atau ramai yang panggil cikgu yang menganjurkan segmen ini. Niatnya untuk berkongsi rezeki bersama.


Simpan kenangan manis di blog Manis Strawberi. Nanti ada masa akan scan pula poster merdeka untuk diabadikan di blog ini sebagai kenangan yang amat bermakna dan berharga.


Special Award Tahun 2025. Award yang pertama pada tahun ini. Terima kasih sangat. Blog menjadi cantik dan berseri dengan kehadiran award ini :)


Jutaan terima kasih buat cikgu Etuza yang memilih saya sebagai pemenang segmen gempak ini. Semoga cikgu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki. 

Nanti bolehlah belanja adik-adik jalan-jalan dan makan di restoran. Restoran yang tak pernah singgah lagi dan merasai keenakan sajiannya. Jarang sangat kami makan di luar kecuali ketika bercuti. 

~Sweet Memory 2025~
~Alhamdulillah~

Rabu, 17 September 2025

Ole-ole dari Negeri Kelantan Darul Naim

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini dapat ole-ole dari negeri Kelantan. Kawan sekerja, Adila bercuti di Kelantan bersama keluarga mentuanya. Tak sempat lagi nak tanya best ke tidak percutiannya itu. Masing-masing sibuk dengan kerja apatah lagi setelah cuti panjang.

Tak pernah lagi jejak kaki di negeri Kelantan. Mungkin suatu hari nanti jika ada rezeki. Insya Allah...

Inilah dia pemberian Adila. Terima kasih kerana memberi ole-ole yang cantik ini. Pemberian ini amatlah berharga dan menjadi kenangan. 

Selasa, 16 September 2025

Santapan Tengahari Menu Ala KFC

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini adalah hari terakhir cuti. Cepat sahaja masa berlalu. Tengahari kelmarin adik-adik masak menu yang agak special kerana jarang dimasak. Menu ala KFC. Dapatlah lepas rindu makan KFC.

Puas sangat makan bila buat sendiri. Resipi rujuk ChatGPT sahaja.

Ada coleslaw, kentang putar, ayam goreng dan juga nasi goreng butter. Alhamdulillah...