Selasa, 2 September 2025

Rezeki 2 Jenis Ikan dan Banyak

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Rezeki hari ini, luar biasa banyaknya abah beli ikan. Dua jenis ikan. Kebiasaannya abah beli ikan sikit saja, tak lama sangat nak bersiang.


Balik dari kerja terus bersiang ikan sampai ke maghrib. Tak sempat nak siram pokok. Harap pokok baik-baik sahaja. Bukan sahaja ikan, ayam pun abah beli. Ayam biarkan dulu dalam peti ais, esok baru bersihkan. Hari ini memang tak sempat. Nak mandi dan solat maghrib terlebih dahulu.

Isnin, 1 September 2025

Pekan Isnin Tanjung Piandang, Perak

Assalamualaikum dan selamat malam. Pagi tadi sempat juga ke pekan Isnin Tanjung Piandang. Bukan selalu ada peluang sebegini. Inipun kerana cuti Hari Kebangsaan ke 68. Alhamdulillah. Tak puas sebenarnya cuti tiga hari. Masa berlalu begitu pantas. 

Jom layan gambar yang diambil. Sengaja diambil untuk update blog. Bila pula akan ke pekan Isnin. Mungkin 15 September ini?









Sabtu, 30 Ogos 2025

Kehilangan dan Menerima Parcel Misteri

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah hari ini semua ahli keluarga berkumpul kecuali adik lelaki kerana sudah balik minggu lepas. Esok ada majlis perkahwinan abang. Kenduri sebelah perempuan pula sebab itu ahli keluarga pulang ke kampung. 

Berbalik kepada entri, kisah ini berlaku pada bulan Mac 2025 yang lalu. Dapat mesej daripada J&T bahawa parcel hilang tak dapat dikesan. Parcel tersebut dihantar oleh Dessini yang mengandungi mesin chopper yang telah dibaiki. Mesin chopper dalam tempoh waranti lagi. Apabila sudah dibaiki pihak Dessini hantar kembali tetapi saya tidak memperolehnya dalam tempoh yang lama.

Kemudian berlakulah perkara misteri, mendapat parcel yang tidak diketahui atas nama saya. Bingung sama ada nak buka atau tidak. Tetapi bila atas nama dan alamat sendiri terpaksalah buka juga.

Barang pertama tak tahu apa fungsinya. Mungkin komponen untuk sesuatu barangan. 

Barang kedua makanan kucing. Kawan kata makanan kucing ini buat kucing sihat dan gemuk. 

Tidak berapa lama kemudian, dapat pula parcel ini. Parcel ini memang kenal kerana parcel yang pernah dihantar kepada Dessini untuk dibaiki.

Akhirnya dapat juga barang yang dinanti. Kedua-dua parcel yang diperoleh masih menjadi misteri. Nak hantar kembali semua bungkusan sudah koyak dan dibuang. Sampai sekarang tidak cuba sama ada mesin chopper ini berfungsi dengan baik atau tidak selepas dibaiki. Jika rosak pun tidak akan hantar untuk dibaiki lagi. Nanti dapat parcel misteri lain pula :)