Sabtu, 30 Ogos 2025

Santapan Pagi Cucur Jagung dengan Kucai

Assalamualaikum semua. Santapan pagi Sabtu, cucur jagung dengan kucai. Kucai sudah lama potong, simpan dalam peti ais. Hasil tanaman dalam pasu.

Guna tepung kek campur dengan tepung gandum. Letak udang sikit. Perancangan awal nak guna cili mesin tetapi habis pula stok dalam peti. Jadi cuma letak cili kering yang dipotong kecil-kecil.

Buat cucur pun guna bahan yang ada di rumah sahaja. Untuk makan sendiri. Kalau nak sedap kena cari di kedai lah...

Jumaat, 29 Ogos 2025

Shopping Barangan Percutian

Assalamualaikum semua. Kisah 17 Ogos 2025 yang lalu. Membeli barang persiapan ke Pulau Pangkor. Mula-mula seorang sahaja yang nak beli kasut untuk main air. Bila sampai di kedai semua pakat beli kasut. Kami bertiga pakat beli kasut. Tapi beli di MR.DIY sahaja. Kasut atau selipar tak sampai RM20.

Habis shopping barang percutian, perut pun lapar. Singgah di Mydin Parit Buntar. Adik bongsu makan mee sizzling

Eyma dengan adik seorang lagi makan nasi ayam. Kami perut orang kampung, tak boleh tak makan nasi. Nanti cepat lapar sangat.

Lepas makan shopping pula barang dapur di Mydin. Nak beli kurma tetapi kurmanya tiada. Siap tanya staff di situ takut tak jumpa. Rupanya memang tiada. Sebelum balik singgah di Mixue. Adik bongsu nak air Mixue pula. 

Santapan Malam Nasi Goreng Ayam Kunyit

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini makan nasi goreng ayam kunyit. Pelik betul nama nasi gorengnya. Guna bahan yang ada di dapur sahaja. Asalkan boleh makan dan mengenyangkan perut. Alhamdulilah...

Tumis bawang putih dengan cabai melaka yang ditumbuk. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicampurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Masukkan sos tiram dan kicap. Akhir masukkan nasi dan juga sayur.
 
Kena buat nasi goreng kerana nasi sejuk terlalu banyak. Campur nasi yang disimpan dalam peti sejuk. Kami makan bertiga sahaja nasi goreng ini.