Ahad, 3 Ogos 2025

Coffee Lover Giveaway

 Assalamualaikum semua. Mummy Ayu lancarkan Coffee Lover Giveaway. Nak tahu lebih lanjut syarat-syaratnya boleh klik pada banner di bawah. Tamat pada 13 Ogos 2025. Jom sama-sama memeriahkan giveaway ini :)


Kenapa patut dipilih sebagai pemenang Coffee Lover Giveaway? 

Sebenarnya sangat suka minum kopi. Suka dengan aroma bau dan rasanya. Aromanya yang memikat membuatkan orang yang jauh pun boleh datang mendekat. Itulah kehebatan dan kelazatan kopi. Diharap dapat dipilih menjadi pemenang sebagai kenangan manis menyertai giveaway. 

Laksam Pekan Ahad Titi Serong

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini pergi ke Pekan Ahad Titi Serong bersama adik-adik dan anak saudara. Adik cadang nak beli baju tetapi tiada yang berkenan pula dihatinya. Kami beli makanan dan buah-buahan sahaja.

Penuh tangan dengan makanan memang kena balik rumahlah. Ikut hati nak beli banyak lagi tapi tak mampu nak bawa. Kami beli jambu, tembikai sebelah RM5, jagung, laksam, keropok lekor, kuih dan juga buah naga.


Beli laksam RM5 sebekas. Sedap juga sebab lama tak makan. Sekejap jer sudah habis. Kakak yang ajar kami makan laksam. Jika tidak kami tak tahu pun apa itu laksam. Kakak masak sendiri di rumah. Cerita dulu kala semasa kakak belum berkahwin lagi.

Sabtu, 2 Ogos 2025

Almari Buku Antik

Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi sibuk dengan aktiviti berkebun. Tukar tanah di dalam pasu dan juga menanam pokok sup dan pokok kunyit. Harap hidup dengan subur. Inilah dia almari buku antik. Ianya wujud sebelum kewujudanku lagi. Tahan sampai hari ini. Cuma sebelah pintu sahaja yang tercabut, tiada orang nak baiki.


Kemas-kemas buku kerana tukang alihkan almari untuk menukar dinding bilik. Baiki bilik pada 15 Mei 2025 yang lalu. Esoknya baru kemas almari buku dan juga barang lain.


Banyak buku dan majalah lama yang sudah tidak diusik. Di dalam almari ini hanya terpilih sahaja, yang lain simpan dalam kotak.  Jika tidak tak muat almari. Kumpul banyak-banyak baru dikitar semula.