Sabtu, 16 November 2024

Makanan dari Bakal Kakak Ipar

Assalamualaikum semua. Walaupun belum pernah bersua muka dan bertegur sapa, bekal sampai dulu. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Abang bawa balik, katanya dari bakal kakak ipar. Mungkin lauk kenduri adik kata.

 
Semoga dipermudahkan urusan mereka membina mahligai cinta.
 
Insyaallah 24 November mereka akan bertunang. Semoga baik-baik sahaja.

Photobook Besar Sudah Sampai

Assalamualaikum dan selamat petang. Hujan pula petang ini tetapi tak lebat. Bahang panas masih terasa. Alhamdulillah siap dan sampai juga photobook yang dinanti. Entri sebelum ini klik di sini masih lagi memilih dan menyusun gambar. Sekarang sudah sampai.

First time dapat yang kulit tebal. Happy sangat :)

Simpan kenangan untuk gambar pergi bercuti.
 

Ahad, 10 November 2024

Akibat Leka Melayan TikTok

Assalamualaikum dan selamat petang. Cerita minggu lepas, akibat leka melayan TikTok sampai kering air dalam periuk yang mengandungi gandum. Sementara nak tunggu gandum empuk, tengok TikTok sebentar. Kemudian sempat nak shopping lagi. Semasa nak buat bayaran terbau bau hangit di dapur. Cepat-cepat lari dan sampai sekarang tak jadi nak shopping barang tersebut.

 
Cepat-cepat selamatkan gandum di permukaan atas yang belum hangit. 

Masih ada yang putih yang boleh diselamatkan. Kena cepat gosok periuk nanti meninggalkan kerak hitam yang degil.

 
Hasilnya bolehlah juga merasai bubur gandum walapun ada rasa pahit dan bau hangit sedikit.
 
 
Syukur alhamdulillah boleh makan. Dapur pun selamat dari bahaya. Jika lewat lagi mungkin boleh terbakar dapur. Minta dijauhkan...