Sabtu, 2 November 2024

Happy Birthday to me, Giveaway for you!

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini hari ketiga berehat dari kerja pejabat. Ambil cuti pada hari Jumaat, 1 November 2024. Meluang masa bersama keluarga, mencipta memori selagi insan bernama keluarga masih ada.

Jalan-jalan di blog lain terjumpa giveaway bulan November. Jadi bolehlah join, mana tahu jika ada rezeki. 


Giveaway ini sempena bulan kelahiran Mummy Ayu iaitu pada bulan November. Selamat hari lahir Mummy Ayu, semoga murah rezeki dan berbahagia selalu di samping orang tersayang.

Giveaway ini selama 10 hari sahaja iaitu dari 1 hingga 11 November 2024. Jadi kena cepat jika nak join. Good luck!

Isnin, 28 Oktober 2024

Mana Lagi Kotor?

Assalamualaikum dan selamat malam. Entri buang masa dan tiada berguna. Antara dua kipas ini, yang manakah lebih kotor? Atas atau yang bawah?

Kipas yang tidak pernah dibersihkan sejak digunakan hingga kini. Betapa sibuknya kerja hingga mengabaikan kebersihan. Kilang tempat bekerja tiada cleaner, buang sampah dalam tandas pun ada jadual. Seminggu sekali kena buang. Pekerja office wanita kena bergilir-gilir. Jika tidak bersepahlah tisu atas lantai.

Kipas peribadi kena cuci sendirilah. Kena tunggu masa dan alatan yang sesuai baru boleh dibersihkan. Tempat juga penting jika tidak habis habuk berterbangan. Oleh itu, harap tiada siapa yang tegur kipas yang kotor ini terutamanya bos !!

Jumaat, 25 Oktober 2024

Pokok Halau Babi

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini hujan, alhamdulillah. Sejuk sangat di pejabat sampai kena tutup satu aircond. Jika tidak boleh beku. Pergi toilet pun makin kerap. 

Pelik juga kenapa abang minat sangat nak tanam pokok ini. Tanya kenalan di status Whatsapp, pokok apakah ini? Ada kenalan yang tahu katanya pokok halau babi. Begitu rupanya. Memang banyak pun babi sampai nak buat sarang di belakang rumah.

Masa tengok anak pokok masih kecil di dalam polybag. Sekarang sudah tanam di tanah dan besar. Mudah juga pokok ini membesar.

Search di Google, namanya pokok turnera. Ditanam dari keratan batang. Cantik juga bunganya berwarna kuning.