Selasa, 15 Oktober 2024

Kuih Jem Original

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja dan selamat menjalani rutin harian. Semoga yang singgah ke sini sihat sahaja serta ceria selalu. 

Singgah di Eco-Shop, nampak kuih jem original. Teringat pula pada kisah lalu. Arwah jiran yang perkenalkan kuih ini. Beli sekali itu sahaja kerana rasanya yang manis. Ketika itu masih bersekolah, pergi kedai dengan menunggang basikal. 

Seronok waktu itu, walaupun kedai jauh dari rumah tetapi tenaga masih kuat. Membawa arwah dengan basikal, tak rasa penat seperti sekarang.  Sekarang nak bawa basikal seorang diri pun sangat penat. Sekarang ada perisa kelapa pula. Kuih jem perisa kelapa tak pernah cuba lagi. 




Banyaknya pilihan, tak perlu ke kedai lain lagi. 

Ahad, 13 Oktober 2024

Burger Goreng Khurasan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Petang tadi pergi ke pasar malam Kuala Kurau. Semua makanan nampak sedap belaka. Ada yang tak pernah rasa. Jika ada rezeki boleh pergi lagi dan beli.

Sempat beli pelam 3 kg RM10, sate 20 cucuk RM16 dan akhir sekali burger goreng khurasan RM4.50.

Inilah dia burger goreng khurasan. First time cuba kerana sebelum ini pernah rasa burger goreng biasa sahaja. 

Sedap sangat dan lembut pula. Isi daging dihancurkan tak seperti burger biasa. Rasa nak lagi jer tak puas makan :)
 

Sabtu, 12 Oktober 2024

Angkara Siapa?






 Kejadian berlaku pada 25 Ogos 2024. Suspek tak dapat diketahui kerana yang disyaki terlalu ramai. Apa yang pasti mungkin makhluk berbulu. Siasatan masih tetap dijalankan hingga ke hari ini.