Khamis, 19 September 2024

Ole-ole dari Terengganu

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejuk jer hari ini kerana hari hujan. Moga baik-baik sahaja. Ole-ole dari Terengganu. 

Rakan sekerja pergi team building di Pulau Perhentian, Terengganu. Ole-ole ini dari Kak Jue. Terima kasih sangat.

Ini pula dari Kak La. Terima kasih kerana tidak lupa kami yang tidak pergi ini.

Jumaat, 13 September 2024

Kilang Sunyi dan Sepi

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini office ada 4 orang sahaja yang masuk bekerja. Pekerja lain pergi team building di Pulau Perhentian termasuk boss satu family. Production pula kena cuti bergaji sebanyak RM 30 sehari. Kami yang kerja di office kena kerja kerana tidak pergi team building.

Sunyi sepi bila production tak kerja.

Bila tiada orang, nak buat kerja pun rasa malas.. haha..

Seorang di sana seorang di sini..

Susah nak dapat suasana begini. Tenang sahaja, jauh dari sebarang bunyi bising mesin:)

Rabu, 11 September 2024

Bawa Bekal Maruku ke Tempat Kerja

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja bagi mereka yang bekerja. Laksanakan tanggungjawab anda dengan baik. Sudah beberapa hari bawa bekal maruku. Selagi tak habis, hari- hari bawa ke tempat kerja. Boleh makan ketika lapar dan ubat hilang mengantuk.

Kawan sekerja berbangsa Cina kata sedap. Boleh buat jual. Pandai betul dia puji. Tinggal lagi 2 balang maruku. Abah suruh bawa semasa family day nanti sebagai portluck. Tapi rasa segan pula. Mungkin bawa makan dalam kereta saja rasanya.