Sabtu, 31 Ogos 2024

Sumbangan Beg Hamper untuk Pertandingan Pakaian Beragam Jalur Gemilang 2024 di Masjid Al-Fatah, Sungai Setar Besar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah rakyat Malaysia hidup aman damai dalam masyarakat berbilang kaum. Entri untuk hari ini, bermula dari surat itu maka terciptalah sebuah cerita.

 
Majlis meraikan bapa tunggal sempena menyambut hari kemerdekaan.

 
Cerita pun bemula kerana kilang tempat bekerja ingin memberikan sumbangan. Sumbangan dalam bentuk beg hamper. 

 
Sebanyak 10 beg dan kos anggaran satu beg rm30. Beg ini untuk hadiah pertandingan pakaian beragam jalur gemilang 2024. Kategori kanak-kanak 5 hingga 6 tahun.
 
 
Beri botol air, fail, biskut, air kotak, keropok, roti gardenia dan makanan ringan lain.
 
 
Urusan pembayaran dikaunter. Minta kotak senang untuk angkat barang.
 
 
Antara barang-barang yang telah siap diisi dalam beg.
 
 
Last minit tambah kerana masih ada baki wang peruntukan. Beli keesokan harinya pula.

 
Alhamdulillah siap semua dan boleh diserahkan. Entri untuk kenangan :)

Selasa, 27 Ogos 2024

Dapat Sebatang Pen Pun Happy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kedua untuk hari ini. Ketua sibuk sembahyang, anak buah pun mengular. Sembahyang bagi orang Cina. Ada bakar-bakar. Nanti bila habis, bolehlah makan. Sudah asing makanan untuk orang Melayu. Makanan orang Melayu tak terlibat. Alhamdulillah.

 
Alhamdulillah... Rezeki yang diperolehi walaupun sekecil-kecil rezeki.

 
Pen yang dapat kelmarin. Ada pembekal beri pada anak boss dan anak boss beri pada pekerja. Pen dakwat basah. Cantik dan comel pennya. Suka sangat :)

Cedera Ketika Mengemas Rumah Atas

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu lepas hari Sabtu dan Ahad sibuk mengemas rumah atas. Kitar semula buku yang tidak digunakan lagi. Kitar semula kerusi roda yang dibeli untuk arwah mak tapi tak sesuai. Beli online tak boleh cuba selesa atau tidak. 

Bila sampai memang tak selesa dan boleh mendatangkan kecederaan. Sekarang tayar sudah rosak. Getah tayar pecah dan reput terus. Ranggup bak keropok. Nak baiki pun tak berbaloi. Baik dibuang sahaja.

Hadiah yang diperoleh ketika mengemas. Darah yang keluar banyak juga. Tapi alhamdulillah cepat baik. Rasa pedih memang terasa. Hari Sabtu kena, hari Ahad sambung mengemas lagi. Tapi pakai plaster agar boleh buat kerja lasak.

Kitar semula dapat RM30, termasuk buku-buku, barang plastik, kotak dan barangan elektrik yang lain. Alhamdulillah... Daripada dibuang begitu sahaja baik kitar semula. Adik laki bongsu rembat RM10 sebab dia tolong angkat kotak. Selebihnya mungkin beli makanan dan makan bersama keluarga.