Isnin, 12 Ogos 2024

Jamu Selera di Marrybrown

 

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Sabtu 10 Ogos 2024. Baiki handphone adik, shopping barang rumah dan makan-makan. Jarang sangat makan di luar. Nak lari dari kebiasaan, kami pun makan luar. Marrybrown jadi pilihan menggantikan KFC. Rindu sangat dinner plate KFC.

 
Tengok harga dulu dan menu yang ada. Kemudian baru berbaris untuk beli di kaunter.
 
 
Adik kata sebelum makan ayam sedap bubur Marrybrown ini tetapi bila campur dengan ayam, kurang rasa sedapnya. Lidah sudah bertukar rasa. Sekian, jalan-jalan cari makan kali ini 

Pencuri Makanan di Malam Hari

 Assalamualaikum semua. Akhirnya dapat juga tangkap pencuri di malam hari ini. Ketika orang baru masuk tidur, dia naik ke bumbung dan masuk dalam rumah dengan melompat. Kuat betul bunyinya.

Bila orang keluar dari bilik pandai pula menyorok. Ini pun ambil gambar dalam gelap. Tak sempat nak menyorok. Habis tudung makanan dibuka walaupun telah letak lesung batu atasnya. Lauk pauk bersepah di lantai. Makannya sedikit sahaja tetapi semua lauk diusik.

Isnin, 5 Ogos 2024

Kek Dulu-dulu

Assalamualaikum dan selamat pagi. Imbas kembali kenangan masa dahulu. Dulu selalu sangat buat kek coklat. Kek ini sedap sangat. Entah kenapa bila buat sekarang kurang menjadi. Masa kukus suka masuk wap dan kek jadi turun. 

Arwah mak suka kek biasa dengan kek coklat. Kek coklat tak perlu letak topping. Makan begitu sahaja arwah mak suka.

Masa ini arwah mak masih ada. Al- Fatihah untuk arwah mak.

Kenangan membuat kek bersama adik. Adik yang letak topping dan hias.  Kenangan yang cukup bermakna.