Rabu, 31 Julai 2024

Pertama Kali Mencuba Kek Pandan Gula Melaka

Assalamualaikum dan selamat malam. Tengok status kakak adik ipar, dia menjual aneka roti dan kek. Berminat pula nak rasa kek pandan gula melaka. Minta adik belanja kek tersebut dengan membeli dekat kak iparnya.


Harga sepotong RM1.80. Kak ipar adik bagi sahaja pada adik. Alahai segan pula rasanya. Kita nak paw adik kiter terpaw orang lain pula. haha.. Sedap sangat rasanya. Terima kasih daun keladi, kalau teringin bagi lagi yer :)

Selasa, 30 Julai 2024

Dapat Tebus Kismis Hitam Percuma

Assalamualaikum dan selamat malam. Scroll facebook tertarik melihat post Koleksi Lubuk Percuma, daftar jadi ahli dapat free RM10. Jadi tunggu apa lagi kenalah cuba mungkin ada rezeki. Tekan link, masuk dalam Shopee kemudian daftar jadi ahli di kedai tersebut. Dapat RM10 bolehlah beli barang di kedai itu sahaja. Jika lebih kena tambah duit sendiri.

 

Saya ambil kismis hitam kerana harganya kurang RM10. Tebus penghantaran percuma, jadi tidak perlu membayar kos penghantaran.

 
Barang yang diterima
 
 
Kismis hitam dan free coklat

Sedap juga coklatnya 
Alhamdulillah...

Ahad, 28 Julai 2024

Dapat Dua Jenis Bubur Asyura

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari Isnin kena bekerja seperti biasa. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan lebih baik dari sebelumnya. Hari ini di surau ada mengadakan aktiviti mengacau bubur Asyura. Mengumpul duit dan mengacau bubur asyura bersama-sama.

 
Tahun ini kena bayar RM20. Dapat dua jenis bubur asyura.
 
 
Alhamdulillah sedap. Terima kasih pada mereka yang bergotong-royong membuat bubur asyura ini. Tanpa anda, tidaklah dapat merasai keenakan bubur asyura. Terima kasih sangat.