Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta. Kelmarin first time buat bomboloni. Alhamdulillah menjadi. Misi untuk menghabiskan filling strawberi yang hampir expired. Sayangnya masih ada separuh lagi. Nak buat apa pula yer? Jom layan gambar-gambar bomboloni.
Ahad, 21 Julai 2024
Pertama Kali Membuat Bomboloni
Ahad, 7 Julai 2024
Baiki Loket Arwah Emak
Buah Strawberi dari Kakak Sulung
Assalamualaikum dan selamat malam. Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Esok kena bekerja seperti biasa tidak seperti kakitangan kerajaan yang lain. Hari ini seharian sakit kepala, pening dan sakit kepala sejak dari malam tadi lagi. Bila salah makan sahaja sakit kepala. Sikit saja makannya tetapi kesannya lama. Hari ini masa dibazirkan begitu sahaja tanpa membuat apa-apa aktiviti.
Tetapi anak buah baby Afia ada balik. Malangnya takut nak mendekatinya kerana badan rasa kurang sihat. Risau kalau jadi apa-apa padanya. Tengok dari jauh sahajalah. Cuit kaki jer sikit.
Kakak pergi Cameron bersama kawan-kawannya. Kirim pada kawannya yang tinggal berdekatan kerana kakak tidak pulang ke kampung. Alhamdulillah dapat juga merasa.
Ada jagung, strawberi, buah-buahan kering dan juga satay. Sempat ambil gambar buah strawberi jer.