Jumaat, 17 Mei 2024

Rezeki Dikongsi Bersama Anak-anak Yatim Cahaya Ain

Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah kerana dapat berkongsi sedikit rezeki dengan anak-anak yatim Cahaya Ain, Bagan Serai, Perak. Terima kasih kepada adik angkat iaitu adik Wan yang sudi membantu membeli barang keperluan seterusnya menyediakan menu nasi lemak ini.
 
RM3 untuk nasi lemak, sambal bilis dan juga telur mata. Kalau ada yang teringin menyumbang dan menempah makanan juga boleh hubungi Wan di 010-9831404.
 
Anak-anak telah pergi ke sekolah, harap nasi lemak masih elok lagi. Sampai sekitar  pukul 7.30 pagi kerana adik Wan sibuk untuk persiapan meniaga juga.
 
 
Barang keperluan untuk anak-anak yatim seperti beras, gula, tepung, bihun dan sebagainya. 

 
Air coklat untuk mereka. Semoga mereka gembira menikmatinya.

Antara barang yang dibeli. Terima kasih adik Wan sudi bantu membeli. Peruntukkan RM100 sahaja tidak termasuk air kotak dan nasi lemak.
 
 
Bagi sesiapa yang berminat berkongsi rezeki.
 
 
Infaq barang dapur untuk keperluan anak yatim. 17 Mei 2024 berkongsi rezeki bersama. 
 

Ahad, 12 Mei 2024

Dugaan 27 Ramadan 1445H

Imbas kembali untuk bercerita sahaja. Buka penutup balang bertujuan untuk sejukkan biskut sebelum ditutup rapat dengan gam plastik. Ada makhluk yang mengambil kesempatan menceroboh masuk ke dalamnya. Kemudian tak pandai pula nak keluar. 

 
 Oleh yang demikian, maka tamatlah nyawa makhluk tersebut pada malam itu juga. Tart nenas itu pula telah dimasukkan ke dalam tong sampah. Alhamduillah nasib baik sedikit sahaja. Ada satu balang lagi.
 

Pisang Berangan dijadikan Kerepek

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah selesai sudah menggoreng pisang muda untuk dijadikan kerepek. Hasilnya dapat satu balang panjang dan satu balang kecil. Banyak juga hasilnya. Berpeluh-peluh, nasib bukan bulan puasa.

Inilah pisangnya iaitu pisang berangan. Bahagian atas sudah ada yang masak. Bahagian yang masih muda dijadikan kerepek. Jika nak makan pisang yang telah masak memang tak habis. Kadang buruk begitu sahaja kerana pisang masak rasanya manis. Makan satu pun sudah cukup.   

Untuk mengelakkan pembaziran buat kerepek pisang kerana kerepek pisang memang sangat laris dalam rumah ini. Nak menggorengnya sahaja memerlukan kesabaran. Apa-apa pun buat apa yang termampu sahajalah.