Ahad, 24 Mac 2024

Membeli Barang Untuk Membuat Kuih Raya

Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi sibuk membeli barang-barang untuk membuat kuih raya. Walaupun terasa panas tetap harus diteruskan juga. Minggu depan harus mula membuat kuih. Semoga dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar. 

 Banyak lagi yang diperlukan sebenarnya. Beli sikit-sikit agar tidak terasa sangat. 
 
Dapat sampul duit raya di Econsave walaupun berbelanja kurang dari RM100.

Resit terbaliklah pula.. Jadilah, asalkan ada diletak...

Barang lain juga dibeli selain dari barang untuk membuat kuih raya.

Burung Membuat Sarang dalam Bilik Air Homestay

Assalamualaikum dan selamat pagi. Baru beberapa minggu tidak menjenguk homestay, burung sudah membuat sarang dalam bilik air. Siap bertelur lagi. Makin berani burung-burung masuk melalui tingkap bilik air. Sebelum ini mereka hanya di luar rumah. Bersepah tahi burung.

Keliling homestay penuh dengan tahinya. Paip aircond juga jatuh kerana dikacau oleh burung-burung. Mereka ingat homestay rumah mereka agaknya. Maklumlah jarang diduduki. Cuti sekolah sahaja yang rancak kerana ada kenduri berdekatan homestay. Alhamdulillah. Update untuk kenangan suatu hari nanti :)

Sabtu, 23 Mac 2024

Kerepek Pisang Berangan Santapan di Hari Raya?

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah, sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Semoga umat Islam dapat berpuasa dengan baik terutama dengan cuaca panas begini. Semoga terus bersabar dalam mencari redhaNya. 

Ada setandan pisang hasil tanaman abah. Risau tidak habis dimakan apabila masak serentak nanti. Jadi jadikannya kerepek iaitu kerepek pisang berangan. Nak goreng rasa lambat sangat, bila makan tak terasa sudah habis. Begitulah selalunya.

Kalau boleh nak jadikan santapan di hari raya nanti. Agak-agak masih okey atau tidak? Risau juga jika masuk angin dan tidak ranggup lagi. Penat aje buat. Lagi satu bolehkah tahan nafsu, tengok sahaja tanpa menikmatinya. Tunggu dan lihat adakah ianya masih wujud di Aidilfitri ini?