Assalamualaikum semua. Hari ini masih lagi cuti. Kilang shutdown bermula Deepavali hingga 19 November 2023. Terpaksa tolak cuti 4 hari atau tolak gaji untuk 4 hari jika sudah tiada cuti tahunan. Dugaan dan kena banyakkan bersabar. Bagi kerja office tolak cuti terus manakala production pula layak mendapat duit makan RM30 sehari. Nampak sangat ketidakadilannya.
Bagi berjawatan tinggi tiada kesan, bagi yang pendapatan minimum pula bagaimana? Sabar sahajalah. Bagi kilang tiada kesan, bagi cuti tidak bergaji. Habis cuti tahunan setelah dipaksa cuti.
Stress tentang kerja, baik ubah topik lain. Buah anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak. Tak sempat lagi merasa menu-menu di sana. Gambar ini sudah lama iaitu 30/1/2023.Buah anggur ini family yang bawa balik setelah menjamu selera di gerai Pokok Anggur. Comel-comel anggurnya. Boleh petik sendri tuan gerai izinkan :)