Ahad, 1 Oktober 2023

Jelly Kelapa Sempena Ponteng Kerja

Assalamualaikum dan selamat malam. Penat juga malam ini walaupun kerja di pejabat sudah kurang. Pedihnya mata. Pada hari Khamis lepas, sempat buat jelly kelapa kerana ponteng kerja. Esoknya bawa sedikit ke tempat kerja dan beri pada kawan.

 Buat seperiuk besar jelly kelapa daripada 6-8 biji kelapa muda.
 
 
Pada hari Isnin, kawan balas bekas dengan memberi kek air tangannya. Tinggal sedikit jer lagi baru teringat nak ambil gambat. Teima kasih BFF sudi berikan kek :)

Jumaat, 29 September 2023

Kitar Semula Barang-barang

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum kenduri pada bulan Julai lalu, kami sekeluarga membersihkan rumah dengan membuang serta mengasingkan barang-barang. Barang yang boleh dikitar semula, kami kumpul di satu tempat.

 
 
Alhamdulillah bila dikumpul menjadi banyak. Pakaian lama yang tidak boleh dikitar semula terpaksalah dibuang. Baju yang masih baik disimpan dan jika berkesempatan akan diberikan pada anak yatim.
 
 
 
Barangan elektrik, tin, botol plastik, kertas semua boleh dikitar semula. Sayangnya kaca tidak diterima oleh pusat kitar semula tersebut. Jadi barangan kaca harus dibuang sendiri.
 
 
 
Saya hubungi Encik Zakaria, nombor telefon 017-565 3152. Encik Zakaria akan datang dengan van untuk mengangkut barangan kitar semula ini. Simpan sini agar tidak hilang nombornya :)

Khamis, 28 September 2023

Ole-ole Dari Tibet, China

Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh negara. Alhamdulillah hari ini tidak cuti tapi ponteng dengan menolak cuti tahunan. Nak buat macam mana, adik cuti jadi terpaksa cuti juga. Semoga baik-baik sahaja.
 
 
 
Ole-ole dari rakan sekerja, Bee Shee. Baru pulang bercuti di Tibet, China. Alhamdulillah. Terima kasih sangat, amat gembira dan menghargai pemberian ini :)
 
 
 
Pengalamannya sewaktu di Tibet, tempatnya terlalu tinggi. Oksigen juga terasa kurang. Pergerakan tidak boleh dilakukan dengan pantas kerana risau kekurangan oksigen dan cepat penat. Selain itu pemeriksaan Kastam juga ketat. Tapi dia tetap gembira dan teringin lagi ke sana :)