Ahad, 30 Julai 2023

Juadah Hari Raya Aidiladha 2023

 Assalamualaikum dan selamat petang. Baru nak update blog, juadah Aidiladha yang lalu. Juadah dari rumah sahabat dan rumah sendiri.

 
 

 
Terliur tak tengok? Nampak menyelerakan. Juadah dari rumah sahabat, Hajar.
 

 
Juadah dari rumah sahabat, Ean
 

 
Juadah dari rumah sendiri. Biasa-biasa jer :)

Sabtu, 29 Julai 2023

Join Korban dengan Qurbanaid

 Assalamualaikum dan selamat petang. Susahnya bila hendak ke mana-mana tetapi mengharapkan orang lain. Bila tak dapat rasa nak marah sahaja. Semoga Allah memberi kepandaian, keberanian dan keyakinan kepadaku untuk drive sendiri. Amin. 

Tahun ni alhamdulillah, dapat melaksanakan ibadah korban. Dua bahagian iaitu satu bahagian di kampung manakala satu bahagian lagi di luar negara, Bangladesh. Mula-mula ingat korban di kampung sudah penuh, jadi saya joinlah Qurbanaid. Bila hari makin dekat ada pula kosongnya. Jadi teruskan sahaja kerana sudah bertanya pada orang kampung. Nasib baik sudah niat untuk korban dan tidak potong kuku lagi.

 
Dapat tahu mengenai Qurbanaid ini melalui Fatin Nabila. Dia yang memperkenalkan Qurbanaid di Instagram. Harga 1 bahagian lembu di Qurbanaid RM290 manakala di kampung RM700. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan untukku menunaikan ibadah korban. Terima kasih Qurbanaid.
 
 
Sijil penyertaan, sejadah dan juga beg daripada Qurbanaid.

Isnin, 17 Julai 2023

Proses Menyimpan Setem Terpakai Untuk dijadikan Koleksi

 Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah baru berkesempatan menulis blog. Begitu banyak peristiwa dan hari-hari penting telah berlalu contohnya hari raya Aidiladha. Aktiviti simpan setem ini pada awal bulan Jun 2023, semasa cuti beberapa hari.

 

Antara setem yang diperolehi di pejabat

 

 Setem yang ada sisa-sisa sampul surat, rendam sekejap sahaja dalam air. Kemudian boleh tarik sisa sampul surat dengan mudah dan lembut.

  

 Inilah dia sisa-sisa yang terkumpul

  

Proses pengeringan setem

 
 
Setem yang telah kering dan disimpan dalam album :)