Ahad, 11 Oktober 2020

Pacat Oh Pacat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini baru berkesempatan menulis blog. Masa di rumah dirasakan terlalu singkat dan belum puas untuk menikmatinya. Kali ini tangan pula sakit, tak tahu sebab apa. Mungkin terseliuh, tak pasti sama ada masalah tulang atau urat. Sakitnya macam kebas-kebas dan rasa aliran darah tidak jalan dengan lancar.

Pacat yang dijumpai dalam bilik air dan sampai ke bilik tidur dia mengikut. Dia naik di kaki semasa mengambil wuduk dan solat dalam keadaan pacat di celah jari kaki. Masa basuh kaki saya sudah rasa ada sesuatu yang licin. Tetapi saya hanya menggosoknya dan meratakan air untuk wuduk.

Nasib baiklah semasa naik di atas katil, saya lihat sekali lagi di celah jari kaki kerana berasa tidak selesa. Geli memanglah geli. Tariknya menggunakan kain selimut secepat mungkin. Tak berani nak pegang terus menggunakan tangan. Rasa badan seram sejuk.

Geli yang amat dan rasa jantung berdegup dengan kencang. Kemudian jerit pada adik yang duduk di bilik sebelah, tolong buangkan pacat sebab dia berani. Sekian, kisah tentang pacat. Pacat pun nak buat entri sebab jenis penakut yang amat dan boleh dijadikan cerita. Tolong jangan ketawa yer :)

Ahad, 20 September 2020

Ulat Beluncas Lagi







Hadiah Hari Lahir 2020

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini ditempat saya hujan dan sekarang sudah berhenti. Segala aktiviti yang dirancang terpaksa dibatalkan. Cadangnya nak buat facial resdung pada hari ini. Mungkin ada hikmah kerana bangun tadi terasa pening kepala mungkin kerana masuk angin. Sekarang ini pun masih pening. Sejak akhir-akhir ini tak lalu nak makan nasi, jadi badan mudah masuk angin...


Tahun 2017 buka komputer di pejabat. Google wish Happy Birthday, Ima...


Hadiah yang diberikan oleh BFF pada tahun ini. Daripada Siti Hajar.
Terima kasih yer...