Sabtu, 15 Ogos 2020

Tempah Roti Sempena Kenduri Rumah Baru dan Bacaan Yasin







Suka sangat tengok roti yang bulat-bulat ini. Ada roti pizza, roti sosej, kaya, kacang dan juga coklat. Tempah sempena majlis kenduri rumah baru dan juga bacaan yasin. Kami buat kenduri pada hari raya ketiga Aidiladha. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Satu roti berharga seringgit. Tempah 100 bungkus sahaja kerana buat kenduri kecil-kecilan dan mengikut SOP. Penjarakan fizikal harus dijaga. Tempah dengan Teha nombor telefon 013-750 3272. Orang sekitar Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan berdekatan bolehlah tempah roti dengannya. Simpan nombor di sini agar mudah dicari nanti :)

Ubat Nyamuk Zenden Berkesan Menghalau Nyamuk


Bukan iklan ubat nyamuk tetapi perkongsian dari penggunaan sendiri. Sebelum ini pernah guna jenama ubat nyamuk lain tetapi kurang berkesan menghalang nyamuk. Asap berkepul-kepul tetapi nyamuk tetap ada. Kita yang menghidunya pula rasa nak pening.

Sehinggalah gunakan ubat nyamuk Zenden. Kurang asap tetapi sangat berkesan menghalau nyamuk. Hanya nyamuk yang berani mati sahaja yang akan datang. Pasang sekejap sahaja dan nyamuk terus lari berbanding guna jenama lain.

Ubat nyamuk ini boleh diperolehi di kedai-kedai tertentu, di pasar malam dan pekan. Tetapi di tempat saya di kedai-kedai biasa agak sukar untuk diperoleh. Selalunya saya membelinya di pekan hari Sabtu di Bagan Tiang, Perak dan pernah lihat di pekan Isnin Tanjung Piandang, Perak. Harganya sekitar RM 2.50 sekotak. Selamat mencuba pada anda yang yang mengalami masalah nyamuk terutama tinggal di kampung-kampung :)

Ahad, 19 Julai 2020

Borong Buah di Pekan Sabtu Bagan Tiang, Perak.

Pada hari Sabtu 18 Julai 2020, sempat juga ke pekan untuk membeli makanan dan juga barang keperluan. Memang rancang nak beli buah-buahan kerana pekan Sabtu Bagan Tiang meriah dengan buahan kebiasaannya. Tapi minggu ini agak kurang pilihan. Jadi terpaksa pilih apa yang ada sahaja.


Antara buah yang sempat dibeli jagung RM4, buah lai RM5, anggur sepiring RM10, rambutan RM4 sekilo dan juga buah mempelam RM5 sekilo tapi saya beli RM7. Kali ini pergi ke pekan ada seseorang yang meneman. First time dalam hidup ada orang luar yang temankan. Dia bayarkan ubat nyamuk 2 kotak dan juga kapur semut. Harap dia tak serik untuk pergi jalan-jalan lagi :)