Assalamualaikum dan selamat pagi. Bila masuk umur 40 tahun, memang ujiannya agak kuat. Serba tak kena jadinya. Ujian kesihatan, mental, orang sekeliling, tempat kerja dan sebagainya. Kadang rasa down sangat.
Fasa umur 40 memang benar ada cabarannya. Kesihatan memang makin lemah. Jika sebelum ini sakitnya tidaklah rasa membebankan tetapi kini makin kuat. Sampai tidur malam pun tidak nyenyak. Ada saja waktu yang terjaga.
Bila kesihatan tidak mengizinkan, menjadikan masalah pula di tempat kerja. Tidak boleh fokus dan berfikir dengan baik. Orang lain tidak akan tahu masalah itu. Hanya diri sendiri yang perlu mengawal agar tidak menjadi makin teruk.
Di rumah pula makin rasa tenat. Nak buat sesuatu rasa tak bersemangat seperti sebelum ini. Jika dulu tenang sahaja tinggal bersendirian di rumah tetapi kini rasa nak jerit. Rasa nak meluahkan sesuatu. Menangis seorang diri agar rasa berat itu hilang.
Rindu pada orang yang tiada memang tidak terungkap lagi dengan kata-kata. Hanya hati sahaja tahu betapa kosongnya hidup ini.

Ujian umur 40-an ni memang lain macam hebatnya. Moga setiap titisan air mata dan rasa lelah Eyma digantikan dengan pahala yang melimpah-ruah serta ketenangan yang berpanjangan dunia akhirat. Take care,Eyma
BalasPadamKak SA dah lalui fasa ni...
Sy dah lalui & masih sdg melaluinya..Welcome to the club =D
BalasPadamSemuga terus tabah hadapi ujian Allah. Semuga Allah permudahkan urusan Eyma
BalasPadamSaya tgh laluinya...segala-galanya galau..
BalasPadamBetul tu masuk usia 40 je dah masuk fasa penuaan dah rasa. Cepat penat, kurang sihat dan lain2 tu. Semoga baik2 jela buat kita semua.
BalasPadamsy umur 30 ni pun rasa lemah jgk.mudah sakit
BalasPadamMungkin Krn kita semakin dewasa, jadi problem yg DTG pun makin beragam. Saya merasakan juga usia 40an ini beda. Blm ditambah masalah kesehatan dah mulai masuk juga 😅. Mau tak mau pola makan hrs dijaga betul2
BalasPadamBetul. Masuk 40-an, sudah kena jaga makan. Demi untuk sihat. Jaga diri sendiri, untuk ketenangan diri sendiri. Semoga Eyma baik-baik saja. 🤲🤗
BalasPadamsemoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik..
BalasPadamage is just a number..cuma setiap detik yg berlalu..kita melangkah semakin dekat ke alam sana
BalasPadam