Ahad, 19 Oktober 2025

Bakar Sofa Buruk

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini nak hantar pakaian terpakai di masjid Tanjung Piandang. Petang pula nak keluar makan bersama sahabat. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Sofa arwah mak, kakak yang belikan. Kami biarkan lama situ hingga reput. Kalau arwah ada, dia tak suka buang barang. Selagi boleh guna akan digunakan sampai rosak. Jika rosak sikit-sikit akan dibaiki dan boleh guna walaupun tidak cantik pada pandangan mata. Kakak pula jika nak beli sofa lain kena buang sofa yang lama. Itu syaratnya. Jadi tak bergantilah sofa di rumah kami.

Alhamdulillah adik tolong bakar. Sedaplah sedikit mata memandang selepas ini. Risau ada tikus atau ular 🐍 bersembunyi. Ada projek sebenarnya nak buat di situ. Nanti akan update di entri seterusnya.

5 ulasan:

  1. Begitulah kan mak² ni, selagi boleh guna mmg tak kan diganti baru. Projek Allah itu? Hehe ..

    BalasPadam
  2. Lega bila dh kemas buang brg yg x diperlukan lg kan ;)

    BalasPadam
  3. lega bila dh clear brg2 yg kena dilupuskan

    BalasPadam
  4. Terbaik, memang bakar jika dah tak digunakan, dari terbiar ..risau ada kalajaking dan sebagainya kan..adik tu rajin ..

    BalasPadam