Sabtu, 7 November 2026

Bunga Pokok Kunyit

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pagi tadi menghabiskan masa dengan berkebun. Banyak pokok yang mati dan terbiar. Sakit pula mata memandang. Rumah setelah renovate memang ambil masa untuk dibersihkan. Pokok-pokok juga menerima tempiasnya. Banyak pokok mati dan pasu berselerak. Barang lain juga turut bersepah. Pejamkan mata, tenangkan hati. Buat sedikit demi sedikit mengikut kemampuan tenaga dan juga masa. Jika tidak diri sendiri yang akan stress.

Godek-godek pokok baru perasan ada bunga pada pokok kunyit ini. Alhamdulillah dapat melihat kecantikannya. Sebelum ini ada juga tapi terlewat kerana bunga kunyit sudah rosak. Jika tidak perhati betul-betul memang tidak tahu kewujudan bunga kunyit ini kerana berada di celah daun.


Keratan Batang Mulberi dan Sulur Nanas Yankee

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi-pagi internet laju dan boleh buka internet di laptop. Baru puas nak menulis di blog. Waktu lain mesej WhatsApp pun susah nak lepas. Telefon office yang menggunakan line Maxis pun tak dapat internet juga. Jika tidak memang guna telefon office sahaja di rumah. Sememangnya kena banyak bersabar dan buat report selagi boleh.

Keratan batang ditanam pada 11 Oktober yang lalu. Sampai sekarang tiada tanda nak tumbuh. Pokok mulberi dan pokok nanas Yankee. Orang jual tanah hitam sawit yang beri. Dia letak pada status WhatsApp,  siapa yang nak keratan batang mulberi. Terima kasih Nor atas pemberian ini, benih pokok balung ayam juga ada.

Beli polibeg di kedai ECO

Moga ada yang tumbuh. Boleh update pada yang memberi..hihi.. Jika tak hidup kena diam-diam sahaja dan pasti akan ditanya juga nanti :)

Ada benih kena ada tanah juga. Jadi minta hantarkan tanah sekali. 3 beg tanah RM27 dan cas penghantaran RM5.

Jumaat, 6 November 2026

Hasil Tanaman Kunyit Hidup

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Betapa rindunya nak menulis blog. Internet amat perlahan di rumah. Sejak tukar line dari Digi ke XOX tetap tak dapat juga. Semasa guna Digi memang slow bila tukar XOX tetap begitu juga. Sebelum ini okey sahaja XOX bila guna nombor yang lain. Setiap hari buat aduan tetapi tidak mendapat maklum balas lagi. Malam ini minta wifi pada adik lelaki, baru boleh update blog.

Hari ini bekerja separuh hari sahaja. Balik rumah waktu petang, godek-godek tanaman yang terbiar itu. Pokok kunyit semakin teruk. Kakak suruh tanam semula kerana raya hampir tiba, pasti nak guna banyak daun kunyit. Ambil satu pasu yang mengandungi pokok kunyit. Gali-gali makin banyak pula ubinya. Pasu sudah penuh dengan kunyit rupanya. Alhamdulillah...

First time dapat kunyit sebanyak ini. Sebelum ini memang biarkan kunyit membusuk dalam pasu sahaja. Sebab nak tanam baru, baru tahu banyak betul kunyitnya.

Dapat sebekas kunyit hidup. Tiada idea nak buat apa dan nak simpan macam mana. Basuh dan biarkan ia kering dahulu. Esok baru fikir nak buat apa.