Sabtu, 5 Oktober 2024

Kena Kencing Kotor

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari Jumat hari itu, rasa kerap sangat kencing. Kemudian rasa sakit pinggang belakang. Ajak adik pergi klinik Bersatu di Nibong Tebal. 

Dapat ubat antibiotik dan ubat bersihkan kencing.

Ubat untuk kencing yang tulis Utix itu kena masukkan dalam air. Berbuih-buih jadinya. Bila minum air itu rasa lega sedikit. Doktor bagi MC tapi tak guna pun sebab tiada orang nak hantar balik. Lagipun sudah hampir separuh hari bekerja. Semoga cepat baik. Kencing kotor memang sinonim dengan wanita. Apa yang penting doktor kata kena minum 3 liter sehari. Jika tidak sakit ini akan berulang kembali. 

Secara jujurnya tak pernah minum air 3 liter sehari terutama bila bekerja dalam aircond. Amat-amat mencabar. Nak pergi toilet kena turun tangga lagi. Anda pula bagaimana, cukup tak air sehari?

Khamis, 3 Oktober 2024

Pertama Kali Merasai Mee Celup

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Minggu lepas pergi rumah kakak di Kulim dan berehat sebentar di Bertam Resort Penang. Adik ipar kakak belikan mee celup untuk dibawa pulang. 

Pertama kali cuba mee celup. Sedap juga rasanya. Rasa nak lagi...

Cerewet juga nak bungkusnya. Orang yang jual ini rajin adik ipar kakak cakap..haha..

Setelah dibawa keluar dari bekas. Letak sikit sahaja cili sebab tak tahan pedas. RM 10 untuk satu bungkus mee celup.

Tak kedekut pula resipi. Boleh pula bagi resipi untuk dicuba. Semoga murah rezeki pemilik resipi yang sudi berkongsi.

Rabu, 25 September 2024

Teman Adik ke Pejabat PTPTN Cawangan Taiping

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini ambil cuti dan beritahu last minit. Harap tak kena bebel esok hari. Temankan adik terminate pinjaman PTPTN. Kena pergi sendiri tak boleh buat online. Terpaksa pergi Taiping kerana inilah cawangan PTPTN yang terdekat dengan rumah.

Urusannya sekejap sahaja kerana tidak ramai orang.

Alangkah indahnya jika dapat buat secara online. Hari itu ketika nak bayar PTPTN sekaligus nasib baik boleh berhubung secara WhatsApp sahaja. Kawan sekerja yang beri nombor. Alhamdulillah. Tak perlu jejak pejabat PTPTN walaupun sekali.

 
Pergi ke Lotus's Taiping cuci mata dan shopping baju. 

Makan di Texas, adik perempuan pertama belanja.

First time rasa Portuguese Egg Tart, beli di Harold's Bread. Sedap sangat rasa nak lagi. Kalau ada rezeki boleh beli di Parit Buntar pula.